---
title: "[BM] Kewarganegaraan secara Kuat Kuasa Undang-undang untuk Anak yang dilahirkan di Malaysia di bawah Perkara 14: Borang E"
description: "## ******Permohonan Taraf Kewarganegaraan Di Bawah Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan Pengesahan Taraf Kewarganegaraan (Kelahiran Dalam Negara)****** Permohonan untuk mengesahkan taraf kewarganegaraan seseorang  yang dilahirkan di dalam negara berdasarkan taraf kewarganegaraan ibu atau bapa. ### ********SYARAT-SYARAT******** - Pemohon dan orang yang…"
url: "https://familyfrontiers.org/guide/citizenship-children/bm-kewarganegaraan-secara-kuat-kuasa-undang-undang-untuk-anak-yang-dilahirkan-di-malaysia-di-bawah-perkara-14-borang-e/"
updated: "2023-08-01"
category: Children / Citizenship (Children)
tags:
  - Bahasa Melayu
---

# [BM] Kewarganegaraan secara Kuat Kuasa Undang-undang untuk Anak yang dilahirkan di Malaysia di bawah Perkara 14: Borang E

## ******Permohonan Taraf Kewarganegaraan Di Bawah Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan Pengesahan Taraf Kewarganegaraan (Kelahiran Dalam Negara)******

Permohonan untuk mengesahkan taraf kewarganegaraan seseorang  yang dilahirkan di dalam negara berdasarkan taraf kewarganegaraan ibu atau bapa.

### ********SYARAT-SYARAT********

- Pemohon dan orang yang didaftarkan hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara / Pegawai Konsul semasa mengemukakan pemohonan selaras dengan Kaedah 28, Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964 (Pindaan 1996).
- Pemohon adalah:
  - ibu atau bapa;
  - penjaga atau saudara mara terdekat; atau
  - orang yang hendak didaftarkan sendiri.
- Mengisi Borang E dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen yang perlu dibawa bersama.

### ******PROSEDUR******

Pemohon dan orang yang didaftarkan dikehendaki hadir ke Kaunter Bahagian Kewarganegaraan, Ibu Pejabat Putrajaya atau Ibu Pejabat JPN setiap Negeri atau JPN Cawangan dan membawa bersama dokumen-dokumen asal beserta salinan.

### ********DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN********

1. ******Dokumen Orang yang didaftarkan (asal dan salinan)******

- Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil Kelahiran terbaru
- Kad Pengenalan (jika ada)
- Pasport atau lain-lain dokumen perjalanan (jika ada)
- Dokumen bukti persekolahan (jika bersekolah)
- Tiga (3) keping gambar terbaru berukuran pasport berlatar belakangkan warna biru.

1. ******Dokumen Ibu dan Bapa (asal dan salinan)******

- Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil Kelahiran terbaru (jika ada)
- Kad Pengenalan (jika ada)
- Permit masuk atau pasport atau lain-lain dokumen perjalanan (jika ada)
- Sijil Warganegara (jika ada)
- Dokumen Perkahwinan (jika perkahwinan berlaku di luar negara bagi pasangan islam, kemukakan pengesahan oleh Jabatan Agama Islam)Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil Kelahiran terbaru.

1. ****Dokumen adik beradik (asal dan salinan)****

- Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil Kelahiran terbaru
- Kad Pengenalan (jika ada)

Nota: Semua salinan dokumen-dokumen sokongan hendaklah dibuat di atas kertas bersaiz A4.

Nota:

- Permohonan untuk urusan kewarganegaraan memerlukan penggunaan borang asal Borang E. Borang E asal tersebut boleh didapati daripada JPN di Putrajaya atau ibu pejabat/cawangan JPN Negeri di mana pendaftaran di Malaysia, dan Perwakilan Malaysia di luar negara di mana pendaftaran di luar negara Malaysia.
- Panduan ini adalah berdasarkan sumber-sumber berikut:
  - Portal Rasmi Jabatan Pendaftaran Negara | Permohonan Taraf Kewarganegaraan Di Bawah Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan Pengesahan Taraf Kewarganegaraan (Kelahiran Luar Negara) ([https://www.jpn.gov.my/my/perkhidmatan/warganegara/warga-kluar](https://www.jpn.gov.my/my/perkhidmatan/warganegara/warga-kluar))
