Permohonan kewarganegaraan anak kepada Ibu warganegara Malaysia #
Permohonan Taraf Kewarganegaraan Di Bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan – Anak Kepada Warganegara Yang Berumur Kurang Daripada 21 Tahun #
Pendaftaran permohonan sebagai warganegara Malaysia oleh seseorang yang berumur dibawah dua puluh satu tahun, jika sekurang-kurangnya salah seorang daripada ibu bapanya (atau pada masa kematiannya) seorang warganegara.
SYARAT PERMOHONAN #
- Pemohon dan orang yang didaftarkan hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara semasa mengemukakan permohonan.
- Orang yang didaftarkan hendaklah berumur kurang daripada 21 tahun pada tarikh permohonan dikemukakan.
- Salah seorang dari ibu bapanya adalah seorang warganegara Malaysia.
- Permohonan hendaklah dikemukakan oleh ibu atau bapanya atau penjaga.
- Mengisi Borang B dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen yang perlu dibawa bersama.
- Mengisi Lampiran A.15(2) iaitu Surat Akuan Persetujuan bersama permohonan kewarganegaraan Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan yang dipohon di Pejabat Konsul Luar Negara dalam tempoh satu (1) tahun daripada tarikh kelahiran.
PROSEDUR #
Permohonan yang dibuat di Malaysia #
Pemohon dan orang yang didaftarkan dikehendaki hadir ke Kaunter Bahagian Kewarganegaraan Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau Ibu Pejabat JPN Negeri / JPN Cawangan dan membawa bersama dokumen-dokumen asal beserta salinan.
Permohonan dibuat di luar Malaysia (AS sebagai contoh) #
- Pemohon dan orang yang akan didaftarkan mesti hadir semasa pendaftaran.
- Menyerahkan Borang B berserta dokumen yang diperlukan.
- Application will then be sent to Jabatan Pendaftaran Negara in Putrajaya, Malaysia.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN #
Permohonan yang dibuat di Malaysia #
- Dokumen Orang yang Didaftarkan (Asal Dan Salinan)
- Kad pengenalan (jika ada)
- Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil Kelahiran terbaru atau Sijil Anak Angkat (Terjemahan sijil kelahiran dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris oleh Mahkamah/Pejabat Konsol/Penterjemah awam jika kanak-kanak lahir di luar Negara).
- Permit Masuk atau pasport atau lain-lain dokumen perjalanan (jika ada)
- Tiga (3) keping gambar terbaru berukuran pasport berlatar belakangkan warna biru.
- Dokumen bukti persekolahan (jika bersekolah)
- Dokumen Ibu Bapa & Adik Beradik (Asal Dan Salinan)
- Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil kelahiran terbaru
- Kad Pengenalan
- Sijil Warganegara (jika ada)
- Dokumen Perkahwinan
- Bayaran
- RM10.00 untuk yuran permohonan
- RM100.00 untuk pengeluaran Sijil Kewarganegaraan (jika diluluskan)
Nota: Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal. Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN Negeri / Cawangan. Bagi permohonan pendaftaran kelahiran luar negara dan pelepasan kewarganegaraan, borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.
Permohonan dibuat di luar Malaysia (contoh berikut adalah berdasarkan permohonan yang dibuat di AS) #
- Borang Permohonan Borang B (perlu diisi di Konsulat)
- Kedua-dua ibu bapa dan anak mesti hadir semasa pendaftaran
- Sijil Kelahiran Anak (asal dan salinan)
- Sijil Nikah Ibu Bapa Malaysia (asal dan salinan)
- Kad Pengenalan Malaysia Ibu (MYKAD) dan salinan fotostat (depan dan belakang)
- Visa ibu / Kad Penduduk Tetap A.S yang sah semasa (asal dan fotokopi)
- Pasport Bapa dan ID Kebangsaan (asal dan fotostat)
- Dua (2) gambar terbaru bersaiz pasport A.S. (2×2 inci) kanak-kanak
- Yuran Pemprosesan sebanyak $4.00 hendaklah dihantar melalui Kiriman Wang / Cek Juruwang yang perlu dibayar kepada Konsulat Jeneral Malaysia, Los Angeles
- Yuran Pemulangan $15.00 hendaklah dihantar melalui Kiriman Wang / Cek Juruwang yang perlu dibayar kepada FedEX.
Nota: Dokumen yang Diperlukan untuk Permohonan yang dibuat di luar Malaysia mungkin berbeza mengikut negara. Sila pergi ke Pejabat Konsulat / Kedutaan di negara anda untuk penjelasan.
Nota: Permohonan untuk urusan kewarganegaraan memerlukan penggunaan borang asal Borang D. Borang D asal tersebut boleh didapati daripada JPN di Putrajaya atau ibu pejabat/cawangan JPN Negeri di mana pendaftaran di Malaysia, dan Perwakilan Malaysia di luar negara di mana pendaftaran di luar negara Malaysia.