---
title: "[BM] Cara-cara membawa masuk ibu bapa pasangan asing ke Malaysia"
description: "## **Melalui Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang** Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang (LTSVP) boleh dikeluarkan kepada warga asing untuk tempoh 6 bulan dan boleh dilanjutkan selepas tempoh 6 bulan itu luput. ### **Kelayakan** - 60 tahun ke atas - Tidak…"
url: "https://familyfrontiers.org/guide/others-guides/bm-cara-cara-membawa-masuk-ibu-bapa-pasangan-asing-ke-malaysia/"
updated: "2023-07-25"
category: Spouse / Others
tags:
  - Bahasa Melayu
---

# [BM] Cara-cara membawa masuk ibu bapa pasangan asing ke Malaysia

## **Melalui Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang**

Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang (LTSVP) boleh dikeluarkan kepada warga asing untuk tempoh 6 bulan dan boleh dilanjutkan selepas tempoh 6 bulan itu luput.

### **Kelayakan**

- 60 tahun ke atas
- Tidak mempunyai ahli keluarga / tanggungan di negara asalnya dan mempunyai penjaga atau ahli keluarga di Malaysia.

### **Dokumen yang Diperlukan**

- [Borang Imm.12](https://familyfrontiers.org/wp-content/uploads/2023/07/Form-Imm.12.pdf) (2 salinan)
- [Form Imm.38](https://familyfrontiers.org/wp-content/uploads/2023/07/Form-Imm.38.pdf) [Visa Form]
- Salinan Pasport pemohon (semua muka surat bercetak)
- Surat Akuan Pemohon (dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah daripada Mahkamah Kerajaan)
- [Personal Bond](https://familyfrontiers.org/wp-content/uploads/2023/07/Personal-Bond.pdf)  /  [Security Bond](https://familyfrontiers.org/wp-content/uploads/2023/07/Security-Bond.pdf) (dicap RM 10 di LHDN) – Security Bond untuk warga China dan Nigeria
- Salinan Kad Pengenalan Penaja (penaja mesti hadir bersama)
- [Borang Akuan Penaja](https://familyfrontiers.org/wp-content/uploads/2023/07/Sponsor-Declaration-Form.pdf) (dicap oleh Pesuruhjaya Sumpah daripada Mahkamah Kerajaan)
- Bukti Pendapatan Penaja
- Bukti pendapatan majikan ( Kepala Surat Syarikat ) ATAU
- Lesen perniagaan/SSM/ROC DAN
- Penyata Bank Akaun Peribadi – 3 bulan terkini
- Sijil Cerai / Sijil Kematian pasangan, Sijil Nikah, Sijil Kelahiran, Sijil Notari diterjemahkan dalam Bahasa Melayu / Inggeris (pengesahan daripada Kedutaan Malaysia dan Kementerian Luar Negeri)
- Bukti pertalian hendaklah dikemukakan dalam bentuk dokumen untuk menjelaskan hubungan antara penaja dan pemohon
- **Nota: Semua dokumen yang difotostat hendaklah disertakan dengan dokumen asal**
- **Nota: Permohonan atau sambungan yang melibatkan warganegara China dan negara Afrika hendaklah dikemukakan kepada Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia.**

## **Melalui Visa dengan Rujukan**

Visa dengan Rujukan (VDR) ialah visa yang dikeluarkan oleh Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara kepada bukan warganegara yang membolehkannya memasuki Malaysia selepas Visa diluluskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

### **Kategori**

- Permohonan Visa dengan Rujukan (Afghanistan)
- Permohonan Visa dengan Rujukan (India)
- Permohonan Visa dengan Rujukan (China, Vietnam, Korea Utara dan Cuba)

### **Dokumen yang Diperlukan [Pemohon dari Afghanistan]**

- Surat Permohonan yang dihantar dan diterima oleh Kedutaan/Suruhanjaya Tinggi Malaysia
- [Borang IMM.47](https://familyfrontiers.org/wp-content/uploads/2023/07/Form-Imm.47.pdf)
- 2 keping gambar terkini pemohon berukuran pasport
- Salinan pasport Pemohon
- Kad Pengenalan Penaja
- Surat Aku Janji Penaja
- Security Bond

### **Dokumen yang Diperlukan [Pemohon dari India]**

- 2 Salinan Fotostat [Borang IMM.12](https://familyfrontiers.org/wp-content/uploads/2023/07/Form-Imm.12.pdf)
- [Borang IMM.38](https://familyfrontiers.org/wp-content/uploads/2023/07/Form-Imm.38.pdf)
- Kad Pengenalan Penaja
- 2 keping gambar terkini pemohon berukuran pasport
- Salinan pasport Pemohon
- Bukti Sokongan Kewangan Penaja / Borang J (pendapatan bersamaan atau lebih daripada RM2,000/bulan)
- Surat Aku Janji Penaja
- Dokumen Sokongan Hubungan Keluarga

### **Dokumen yang Diperlukan [Pemohon dari China, Vietnam, Korea Utara dan Cuba]**

- 2 Salinan Fotostat [Borang IMM.12](https://familyfrontiers.org/wp-content/uploads/2023/07/Form-Imm.12.pdf)
- [Borang IMM.38](https://familyfrontiers.org/wp-content/uploads/2023/07/Form-Imm.38.pdf)
- Kad Pengenalan Penaja
- 2 keping gambar terkini pemohon berukuran pasport
- Salinan pasport Pemohon
- Surat menyurat dengan tafsiran yang disahkan
- **Pemohon hendaklah berumur 30 tahun dan ke atas**
- Dokumen sokongan pertalian keluarga
- Sijil Nikah Penaja
- Salinan Sijil Notari

### **Berapa lamakah VDR bertahan?**

- Ia hanya bertahan selama 6 bulan

### **Berapakah kos untuk memohon VDR?**

- RM150 berserta security bond (bergantung kepada negara)

### **Bolehkah ia diperbaharui selepas tempohnya luput?**

- Ia tidak boleh diperbaharui
- Anda boleh memohon semula selepas 90 hari keluar dari Malaysia.

## **Melalui Pas Residen**

Ini adalah pas yang dikeluarkan kepada mana-mana warganegara asing yang termasuk dalam mana-mana kategori yang dinyatakan di bawah Peraturan 16A, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963

### **Kelayakan [Kategori 3]**

Ibu mertua / bapa mertua kepada warganegara Malaysia yang memegang pas yang sah di Malaysia

**Nota: hanya terpakai jika ibu mertua / bapa mertua Warganegara Malaysia memegang pas yang sah (cth. LTSVP)**

### **Syarat-syarat**

- Pemohon mesti mempunyai dokumen perjalanan atau pasport yang sah dengan tempoh sah laku sekurang-kurangnya 6 bulan
- Pemohon telah tinggal di Malaysia dengan pas jangka panjang yang sah (cth. LTSVP)
- Pemohon telah menetap di Malaysia sekurang-kurangnya 3 tahun dengan pas jangka panjang yang sah **[boleh dilakukan dengan melanjutkan LTSVP sebelum tempoh tamat]**
- Permohonan hendaklah ditaja oleh warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas
- Semua dokumen salinan fotostat yang dikeluarkan oleh negara asing MESTI disahkan oleh perwakilan asing yang sama di Malaysia
- Permohonan di Semenanjung Malaysia mesti ditaja oleh warganegara Malaysia
- Permohonan di Sabah dan Sarawak mesti ditaja oleh warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah atau Sarawak
- Kedua-dua penaja dan pemohon WAJIB hadir semasa penyerahan dokumen di pejabat Imigresen.

### **Kadar Bayaran**

- Pas Kediaman RM500.00 untuk 5 tahun
- Visa Kemasukan Berbilang mengikut negara

### **Dokumen yang Diperlukan**

- Borang IMM 16a
- Salinan pasport pemohon (baru dan lama)
- 2 salinan foto bersaiz pasport pemohon
- 2 salinan kad pengenalan penaja
- Salinan sijil kelahiran anak kandung
- Salinan sijil nikah pemohon
- Salinan sijil perkahwinan anak kandung

### **Sumber**

**LTSVP**

[https://www.imi.gov.my/index.php/en/main-services/pass/visitor-pass/social-visit-pass/long-term-social-visit-pass/](https://www.imi.gov.my/index.php/en/main-services/pass/visitor-pass/social-visit-pass/long-term-social-visit-pass/)

**Visa dengan Rujukan**

[https://www.imi.gov.my/index.php/en/visa-with-reference/](https://www.imi.gov.my/index.php/en/visa-with-reference/)

[https://www.facebook.com/FSSGMY/posts/1362455663937401](https://www.facebook.com/FSSGMY/posts/1362455663937401)

**Pas Residen**

[https://www.imi.gov.my/index.php/en/main-services/pass/residence-pass/](https://www.imi.gov.my/index.php/en/main-services/pass/residence-pass/)
