Skip to main content

Family Frontiers & Ibu-ibu Malaysia Memfailkan Kes Di Mahkamah Tinggi

By December 18, 2020November 29th, 2022Timeline

Persatuan Kebajikan Sokongan Keluarga Selangor & KL (‘Family Frontiers’) telah memfailkan cabaran perlembagaan melalui Saman Pemula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memohon pengisytiharan bahawa wanita Malaysia yang berkahwin dengan pasangan asing boleh memberikan kewarganegaraan kepada anak-anak mereka yang dilahirkan di luar negara secara automatik. Bersama enam ibu Malaysia, Family Frontiers bertujuan untuk menegakkan semangat Perlembagaan Persekutuan yang menggalakkan kesaksamaan dan melarang diskriminasi. Mereka telah menamakan Kerajaan Malaysia, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara sebagai defendan-defendan. (‘Saman Pemula’)