Kronologi Kes Suriani Kempe & Lain-lain v Kerajaan Malaysia & Lain-lain

Family Frontiers & Ibu-ibu Malaysia Memfailkan Kes Di Mahkamah Tinggi

Persatuan Kebajikan Sokongan Keluarga Selangor & KL (‘Family Frontiers’) telah memfailkan cabaran perlembagaan melalui Saman Pemula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memohon pengisytiharan bahawa wanita Malaysia yang berkahwin dengan pasangan asing boleh memberikan kewarganegaraan kepada anak-anak mereka yang dilahirkan di luar negara secara automatik. Bersama enam ibu Malaysia, Family Frontiers bertujuan untuk menegakkan semangat Perlembagaan Persekutuan yang menggalakkan kesaksamaan dan melarang diskriminasi. Mereka telah menamakan Kerajaan Malaysia, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara sebagai defendan-defendan. (‘Saman Pemula’)

Kerajaan Ingin Membatalkan Kes; Mahkamah Tinggi Menolak Permohonan Kerajaan

Kerajaan cuba membatalkan kes tersebut dengan mengatakan bahawa ia “memalukan, remeh dan menyusahkan” dan “penyalahgunaan proses mahkamah”.

Mahkamah Tinggi Menolak Permohonan Kerajaan

Gambar dari Bloomberg

Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa kes tersebut boleh diteruskan. (‘Keputusan 22 Januari 2021 Mahkamah Tinggi’)

Kerajaan Memfailkan Rayuan Terhadap Keputusan Mahkamah Tinggi & Memohon Untuk Menangguhkan Pendengaran Kes

Gambar oleh Hari Anggara, Malay Mail

Kerajaan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi untuk menolak permohonan pembatalan kes. Sementara menunggu pendengaran rayuan tersebut, Kerajaan memfailkan permohonan untuk menangguhkan pendengaran Saman Pemula di Mahkamah Tinggi sehingga selepas Mahkamah Rayuan membuat keputusan mengenai pembatalan kes tersebut.

Mahkamah Tinggi Menolak Permohonan Kerajaan Untuk Menangguhkan Kes

Gambar oleh Hari Anggara, Malay Mail

Mahkamah Tinggi menolak permohonan Kerajaan untuk menangguh pendengaran kes dan memutuskan Saman Pemula tersebut untuk didengar pada 24 Ogos 2021.

Mahkamah Rayuan Menolak Rayuan Kerajaan

Gambar dari Bloomberg

Mahkamah Rayuan menolak rayuan Kerajaan terhadap Keputusan 22 Januari 2021 Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Tinggi Mendengar Kes

Mahkamah Tinggi mendengar Saman Pemula.

Keputusan Mahkamah Tinggi Yang Memihak Kepada Family Frontiers & Ibu-ibu Malaysia

Gambar oleh Hari Anggara, Malay Mail

Mahkamah Tinggi memutuskan Perkara 14(1)(b) dibaca bersama Jadual Kedua, Bahagian II, Seksyen 1(b) Perlembagaan Persekutuan harus dibaca secara harmoni dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. Dengan ini, hakim Mahkamah Tinggi mengisytiharkan perkataan ‘bapa’ harus dibaca untuk memasukkan ibu dan anak-anak mereka berhak untuk mendapatkan kewarganegaraan melalui kuatkuasa undang-undang. (‘Keputusan 9 September 2021 Mahkamah Tinggi’)

Kerajaan Memfailkan Rayuan Terhadap Keputusan Mahkamah Tinggi & Memohon Untuk Menangguhkan Pelaksanaan di Mahkamah Tinggi

Defendan-defendan memfailkan Notis Rayuan terhadap Keputusan 9 September 2021 Mahkamah Tinggi (‘Rayuan Kerajaan’) dan permohonan penangguhan pelaksanaan Keputusan tersebut di Mahkamah Tinggi sementara Rayuan Kerajaan tersebut diputuskan.

Mahkamah Tinggi Menolak Permohonan Kerajaan Untuk Menangguhkan Pelaksanaan

Mahkamah Tinggi menolak permohonan penangguhan pelaksanaan Keputusan 9 September 2021 Mahkamah Tinggi dengan kos sebanyak RM5000 kepada plaintif-plaintif.

Kerajaan Memohon Untuk Menangguhkan Pelaksanaan di Mahkamah Rayuan

Gambar dari Wikimapia.org

Kerajaan memfailkan permohonan untuk menangguh pelaksanaan Keputusan 9 September 2021 Mahkamah Tinggi. Pendengaran ditetapkan pada 18 Mac 2022. Pada 17 November 2021, Kerajaan juga memfailkan permohonan penangguhan sementara di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Rayuan Membawa Ke Hadapan Tarikh Pendengaran Permohonan Kerajaan

Mahkamah Rayuan tidak membuat keputusan mengenai permohonan penangguhan sementara Kerajaan dan sebaliknya membawa ke hadapan tarikh pendengaran permohonan Kerajaan untuk menangguh pelaksanaan Keputusan 9 September 2021 Mahkamah Tinggi dari 18 Mac 2022 ke 22 Disember 2021.

Mahkamah Rayuan Sebulat Suara Menolak Permohonan Kerajaan

Mahkamah Rayuan sebulat suara menolak permohonan Kerajaan untuk menangguh pelaksanaan Keputusan 9 September 2021 Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Rayuan Mendengar Rayuan Kerajaan

Mahkamah Rayuan mendengar Rayuan Kerajaan.

Mahkamah Rayuan Mendengar Hujahan Tambahan bagi Rayuan Kerajaan

Mahkamah Rayuan mendengar hujahan tambahan daripada kedua-dua pihak bagi Rayuan Kerajaan.

Mahkamah Rayuan Menolak Keputusan Mahkamah Tinggi

Mahkamah Rayuan dalam keputusan 2-1 membenarkan Rayuan Kerajaan dan menolak Keputusan Mahkamah Tinggi

Mahkamah Persekutuan Mendengar Permohonan Family Frontiers untuk Kebenaran Merayu

Mahkamah Persekutuan akan mendengar permohonan Family Frontiers bersama enam ibu Malaysia untuk kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.