Pendaftaran Kelahiran Biasa #
Sebab Permohonan #
Semenanjung Malaysia
- Pendaftaran kelahiran hendaklah dibuat dalam tempoh 60 hari selepas kelahiran anak di Malaysia.
Sabah
- Pendaftaran kelahiran merujuk kepada pendaftaran yang dibuat dalam tempoh 14 hari selepas kelahiran anak di Malaysia.
Sarawak
- Pendaftaran kelahiran merujuk kepada pendaftaran yang dibuat dalam tempoh 14 hari selepas kelahiran anak di Malaysia
Syarat Permohonan #
Permohonan untuk pendaftaran anak boleh dibuat oleh pihak berikut:
- Ibu bapa
- Penjaga sah
- Orang yang tahu tentang atau menyaksikan kelahiran tersebut
- Ibu dan bapa anak itu (untuk pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf)
Prosedur #
Pemohon boleh pergi ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara dengan membawa dokumen yang diperlukan.
Dokumen-dokumen yang Diperlukan #
Semenanjung Malaysia #
- Dokumen Anak (Asal dan Salinan)
- Borang Pendaftaran Kelahiran JPN.LM01 yang lengkap diisi.
- Pengesahan borang kelahiran dari hospital atau pengesahan kelahiran di rumah daripada bidan/doktor (salinan asal)
- Kad Pranatal (Buku Rawatan Mengandung) atau Kad Rawatan Semasa Ibu Mengandung (asal dan salinan)
- Laporan Polis bagi kelahiran di rumah (asal)
- Dokumen Ibu Bapa (Asal dan Salinan)
- Kad pengenalan atau permit masuk atau pasport ibu bapa dan orang yang melaporkan kelahiran (Asal dan salinan)
- Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemaklum [jika pemaklum bukan ibu atau bapa kanak-kanak] (asal dan salinan)
- Dokumen Perkahwinan atau Perceraian ibubapa kanak-kanak (asal dan salinan)
- Surat akuan AM80 sekiranya tiada buku rawatan mengandung atau kad rawatan mengandung
- Dokumen Pemaklum (Asal dan Salinan)
- Kad pengenalan atau permit masuk atau pasport (asal dan salinan)
Sabah
- Dokumen Anak (Asal dan Salinan)
- Borang A dan N1 (ekstrak) yang telah dilengkapkan
- Pengesahan borang kelahiran dari hospital atau pengesahan kelahiran di rumah daripada bidan/doktor (asal)
- Kad pranatal (buku peperiksaan bersalin) (asal dan salinan)
- Kad kesihatan dan imunisasi anak (asal dan salinan)
- Dokumen Ibu Bapa (Asal dan Salinan)
- Kad pengenalan atau Permit Masuk atau pasport ibu bapa dan orang yang melaporkan kelahiran (asal dan salinan)
- Sijil Kematian ibu dan bapa anak tersebut (Asal dan salinan jika berkenaan)
- Sijil nikah atau cerai (asal dan salinan)
Sarawak
- Dokumen Anak (Asal dan Salinan)
- Borang I dan Borang X (ekstrak) yang telah dilengkapkan
- Pengesahan borang kelahiran dari hospital atau pengesahan kelahiran di rumah daripada bidan/doktor (asal)
- Kad pranatal (buku peperiksaan bersalin) (asal dan salinan)
- Dokumen Ibu Bapa (Asal dan Salinan)
- Kad pengenalan atau Permit Masuk atau pasport ibu bapa dan orang yang melaporkan kelahiran (asal dan salinan)
- Sijil Kematian ibu dan bapa anak tersebut (Asal dan salinan jika berkenaan)
- Dokumen Pemaklum (Asal dan Salinan)
- Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport (asal dan salinan)
Bayaran #
Percuma
Pendaftaran Kelahiran Lewat – Semenanjung Malaysia #
Sebab Permohonan #
Pendaftaran Kelahiran Lewat dibuat lebih 60 hari selepas tarikh lahir anak di Semenanjung.
Syarat Permohonan #
Permohonan untuk pendaftaran anak boleh dibuat oleh pihak berikut:
- Ibu dan bapa kanak-kanak
- Ibu atau bapa dan seorang penganjur yang mengetahui mengenai kelahiran kanak-kanak tersebut. Umur penganjur adalah 10 tahun lebih tua daripada kanak-kanak (jika ibu atau bapa tidak dapat dikesan / meninggal dunia).
- Dua (2) orang penganjur yang mengetahui mengenai kelahiran kanak-kanak tersebut. Umur setiap penganjur adalah 18 tahun dan ke atas dan perbezaan umur sekurang-kurangnya 10 tahun lebih tua daripada kanak-kanak (jika ibu dan bapa tidak dapat dikesan / meninggal dunia).
Prosedur #
Permohonan untuk pendaftaran lewat kelahiran boleh dibuat di seluruh Semenanjung Malaysia dengan membawa bersama dokumen yang diperlukan ke mana-mana pejabat JPN berdekatan tempat tinggal pemohon.
Dokumen-dokumen yang diperlukan #
- Keputusan Carian JPN.LM12 (bagi kelahiran yang berlaku pada tahun 2002 dan seterusnya) (asal dan salinan)
- Borang Daftar Kelahiran JPN.LM01 yang telah diisi dengan lengkap (asal)
- Borang Pengesahan Kelahiran daripada hospital atau Surat Pengesahan Bidan / Doktor bagi kelahiran di rumah (asal)
- Laporan Polis jika kelahiran berlaku di rumah dan ibubapa kandung kanak-kanak tidak dapat dikesan (asal)
Dokumen kanak-kanak
- 1 keping gambar penuh terkini kanak-kanak berukuran 4R.
- 1 keping gambar terkini kanak-kanak berlatar belakang warna biru berukuran pasport.
- Kad Kesihatan & Imunisasi Kanak-kanak (asal dan salinan).
- Cabutan Daftar Sekolah atau Sijil Persekolahan beserta pengesahan oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah jika kanak-kanak bersekolah dan berumur tujuh (7) tahun ke atas atau Surat Akuan Kanak-Kanak Tidak Pernah Bersekolah yang diisi oleh Penghulu atau Ketua Kaum atau Ahli Parlimen atau ADUN dalam kawasan di mana kanak-kanak tinggal dan kanak-kanak berumur tujuh (7) tahun ke atas (asal dan salinan).
- Surat Akuan Kelahiran Kanak-kanak oleh Ketua Kampung atau Ketua Kaum atau Ahli Parlimen atau ADUN dalam kawasan kelahiran kanak-kanak berlaku – bagi kelahiran berlaku di rumah (asal).
Dokumen Ibu Bapa
- Kad Pengenalan atau Pasport atau Sijil Kelahiran atau Sijil Kematian (asal dan salinan).
- Dokumen Perkahwinan atau Perceraian (asal dan salinan).
- 1 keping gambar terkini ibu dan bapa berlatar belakang warna biru berukuran pasport.
- Kad Pranatal (Buku Rawatan Mengandung) atau Kad Rawatan Semasa Ibu Mengandung (asal dan salinan).
Dokumen Adik Beradik
- Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan adik-beradik kanak-kanak (salinan).
- 1 keping gambar terkini adik-beradik berlatar belakang warna biru berukuran pasport.
- Borang Maklumat Keluarga BMK81 dan BMK81A (asal).
Dokumen Penganjur
- Kad Pengenalan atau Pasport atau Kad UNHCR (asal dan salinan).
- Borang Akuan AM 80 bagi penganjur yang mengetahui tentang kelahiran kanak-kanak (asal).
Dokumen Saksi
- Kad Pengenalan atau Pasport atau Kad UNHCR (asal dan salinan).
- Surat Akuan Saksi yang mengetahui mengenai kelahiran kanak-kanak – jika kelahiran berlaku di rumah (asal).
Dokumen Tambahan
- Surat Akuan (SA81) (asal).
- Bil Utiliti (bil air / bil elektrik / bil astro / bil telefon)
Anak Dijumpai Terdedah (Anak Angkat / Anak Jagaan)
- Laporan Polis – sekiranya ibu kandung tidak dapat dikesan (asal dan salinan).
- Hak Penjagaan Sementara Dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) –jika ada (asal dan salinan).
- Perintah Mahkamah Juvana – jika berkaitan (asal dan salinan).
Bayaran #
Yuran Permohonan: RM50.00
Pendaftaran Kelahiran Lambat – Sabah #
Sebab Permohonan #
Pendaftaran Kelahiran Lambat dibuat dibuat pada hari ke-15 hingga hari ke-42 selepas tarikh lahir anak di Sabah.
Syarat Permohonan #
Permohonan pendaftaran kanak-kanak boleh dibuat oleh individu berikut:
- Ibu atau bapa kanak-kanak
- Penjaga kanak-kanak yang sah
- Individu yang mengetahui tentang kelahiran kanak-kanak
Prosedur #
Permohonan untuk pendaftaran kelahiran lambat boleh dibuat di seluruh Sabah dengan membawa bersama dokumen yang diperlukan ke mana-mana pejabat JPN yang berdekatan tempat tinggal pemohon.
Dokumen yang diperlukan #
Dokumen Kanak-Kanak (Asal dan Salinan)
- Borang A dan Borang N1 (cabutan) diisi dengan lengkap
- Borang Pengesahan Kelahiran daripada hospital atau Surat Akuan Bidan/Doktor bagi kelahiran di rumah (asal);
- Kad Pranatal (Buku Rawatan Mengandung) (asal dan salinan); dan
- Kad Kesihatan & Imunisasi Kanak-Kanak, (asal dan salinan)
Dokumen Ibu-bapa (Asal dan Salinan)
- Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport bagi ibu dan bapa kanak-kanak serta individu yang melaporkan kelahiran (asal dan salinan);
- Dokumen Perkahwinan atau Perceraian atau Sijil Kematian ibu dan bapa kanak-kanak (asal dan salinan).
Dokumen Pemaklum (Asal dan Salinan)
- Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport (asal dan salinan)
Bayaran
Yuran proses: RM5.00
Pendaftaran Lewat Kelahiran – Sabah #
Sebab Permohonan #
Pendaftaran Kelahiran Lewat dibuat lebih 42 hari selepas tarikh lahir anak di Sabah.
Syarat Permohonan #
Permohonan untuk pendaftaran anak boleh dibuat oleh pihak berikut:
- Ibu atau bapa kandung kanak-kanak
- Jika bapa kandung tidak diperolehi, ibu atau seorang penganjur yang mengetahui mengenai kelahiran yang umurnya 10 tahun lebih tua daripada anak itu
- Jika bapa kandung tidak diperolehi dan ibu telah meninggal dunia, permohonan boleh dibuat oleh dua(2) orang penganjur yang mengetahui mengenai kanak-kanak tersebut dan masing-masing berumur 18 tahun dan ke atas di mana perbezaan umur sekurang-kurangnya 10 tahun lebih tua daripada anak itu
- Jika anak yang baru dilahirkan hidup dan terdedah dan kelahirannya tidak didaftarkan, permohonan boleh dikemukakan oleh dua (2) orang penganjur yang merupakan Pegawai Kebajikan Masyarakat atau orang yang diberi hak penjagaan kanak-kanak mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991
Prosedur #
Permohonan untuk pendaftaran lewat kelahiran boleh dibuat di seluruh Sabah dengan membawa bersama dokumen yang diperlukan ke mana-mana pejabat JPN yang berdekatan tempat tinggal pemohon.
Dokumen yang diperlukan (Jika Kelahiran Berlaku di Rumah) #
Dokumen Kanak-Kanak (Asal dan Salinan)
- Borang Carian Kelahiran borang N1 (bagi kelahiran yang berlaku pada 2002 dan ke bawah)
- Borang Daftar Kelahiran (Borang A) diisi dengan lengkap
- Kad Pranatal atau Rawatan Mengandung, Kad Kesihatan & Imunisasi Kanak-Kanak, Surat Akuan Bidan atau Doktor (asal dan salinan). Sekiranya tiada, Akuan Sumpah Berkanun perlu dikemukakan
- Gambar penuh terkini kanak-kanak ukuran passport 4R (satu(1) keping)
- Gambar terkini ukuran Passport kanak-kanak (satu (1) keping)
- Surat Akuan Kelahiran Kanak-kanak oleh Ketua Kampung atau Ketua Kaum atau Ahli Parlimen atau ADUM dalam kawasan kelahiran kanak-kanak berlaku
- Cabutan Daftar Sekolah atau Sijil Persekolahan berserta pengesahan Guru Besar atau Pengetua Sekolah jika kanak-kanak bersekolah dan berumur tujuh (7) tahun ke atas Surat Akuan Kanak-Kanak Tidak Pernah Bersekolah perlu diisi oleh Penghulu atau Ketua Kaum atau Ahli Parlimen atau ADUN dalam kawasan di mana kanak-kanak berumur tujuh (7) tahun ke atas (jika ada)
- Surat Akuan Saksi oleh dua (2) orang yang mengetahui mengenai kelahiran
Dokumen Ibu dan Bapa (Asal dan Salinan)
- Kad Pengenalan atau Permit masuk atau Passport atau sijil Kematian (ibu bapa kanak-kanak atau pemaklum atau saksi atau penganjur) (asal dan salinan)
- Dokumen Perkahwinan atau Sijil Perceraian atau Sijil Kematian ibu bapa kanak-kanak (asal dan salinan)
- Gambar Terkini Ukuran Passport ibu dan bapa (satu (1) keping)
Dokumen Adik Beradik (Asal dan Salinan)
- Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan adik-beradik kanak-kanak jika ada (asal dan salinan)
- Gambar Terkini Ukuran Passport adik-beradik kandung seibu dan sebapa (satu (1) keping)
- Borang Maklumat Keluarga BMK-81 dan BMK-81A
Dokumen Penganjur (Asal dan Salinan)
- Akuan Sumpah Berkanun JPN.LM27 bagi dua (2) orang penganjur yang mengetahui tentang kelahiran
- Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Passport atau Sijil Kematian pemaklum atau saksi atau penganjur (asal dan salinan)
Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan (Kelahiran Berlaku Di Hospital Kerajaan atau Hospital Swasta atau Klinik Swasta atau Klinik Kerajaan) #
Dokumen Kanak-Kanak (Asal dan Salinan)
- Borang Permohonan Carian atau Cabutan Daftar Kelahiran – Borang N1;
- Borang Daftar Kelahiran -Borang A
- Borang Pengesahan Kelahiran
- Kad Pranatal atau Rawatan Mengandung, Kad Kesihatan & Imunisasi Kanak-Kanak, Surat Akuan Bidan atau Doktor (asal dan salinan)
- Gambar Penuhj Terkini Kanak-Kanak Ukuran Poskad 4R (satu (1) keping)
- Gambar Terkini Ukuran Pasport Kanak-Kanak (satu(1) keping)
- Cabutan Daftar Sekolah atau Sijil Persekolahan berserta pengesahan oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah jika kanak-kanak bersekolah dan berumur tujuh (7) tahun ke atas atau Surat Akuan Kanak-Kanak Tidak Pernah Bersekolah perlu diisi oleh Penghulu atau Ketua Kaum Ahli Parlimen atau ADUN dalam kawasan di mana kanak-kanak tinggal dan kanak-kanak tujuh (7) tahun ke atas (jika ada)
Dokumen Ibu dan Bapa (Asal dan Salinan)
- Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Passport atau Sijil Kematian (ibu bapa kanak-kanak atau pemaklum atau saksi atau penganjur (asal dan salinan)
- Dokumen Perkahwinan atau Sijil Perceraian atau Sijil Kematian (ibu bapa kanak-kanak atau pemaklum atau saksi atau penganjur)(asal dan salinan)
- Gambar Terkini Ukuran Passport ibu dan bapa (satu(1) keping)
Dokumen Adik Beradik (Asal dan Salinan)
- Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan adik-beradik kanak-kanak jika ada (asal dan salinan)
- Gambar Terkini Ukuran Passport adik-beradik kandung seibu sebapa (satu(1) keping)
- Borang Maklumat Keluarga BMK-81 dan BMK-81A
Dokumen Penganjur (Asal dan Salinan)
- Akuan Sumpah Berkanun JPN. LM27 bagi dua (2) orang penganjur yang mengetahui tentang kelahiran
- Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Passport atau Sijil Kematian pemaklum atau saksi atau penganjur (asal dan salinan)
Bayaran #
Yuran Proses: RM10.00
Pendaftaran Kelahiran Lambat – Sarawak #
Sebab Permohonan #
Pendaftaran Kelahiran Lambat dibuat dibuat pada hari ke-15 hingga hari ke-42 selepas tarikh lahir anak di Sarawak.
Syarat Permohonan #
Permohonan pendaftaran kanak-kanak boleh dibuat oleh individu berikut:
- Ibu atau bapa kanak-kanak
- Penjaga kanak-kanak yang sah
- Individu yang mengetahui tentang kelahiran kanak-kanak
- Ibu dan bapa kanak-kanak (Bagi pendaftaran anak tak sah taraf)
Prosedur #
Permohonan untuk pendaftaran kelahiran lambat boleh dibuat di seluruh Sabah dengan membawa bersama dokumen yang diperlukan ke mana-mana pejabat JPN yang berdekatan tempat tinggal pemohon.
Dokumen yang diperlukan #
Dokumen Kanak-Kanak (Asal dan Salinan)
- Borang I dan Borang X (cabutan) diisi dengan lengkap
- Borang Pengesahan Kelahiran daripada hospital atau Surat Akuan Bidan/Doktor bagi kelahiran di rumah (asal)
- Kad Pranatal (Buku Rawatan Mengandung) (asal dan salinan)
Dokumen Ibu-bapa (Asal dan Salinan)
- Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport bagi ibu dan bapa atau Sijil Kematian ibu dan bapa kanak-kanak serta individu yang melaporkan kelahiran (asal dan salinan)
- Sijil Perkahwinan atau Sijil Perceraian (asal dan salinan)
Dokumen Pemaklum (Asal dan Salinan)
- Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport (asal dan salinan)
Bayaran #
Yuran Proses: RM5.00
Pendaftaran Lewat Kelahiran – Sarawak #
Sebab Permohonan #
Pendaftaran Kelahiran Lewat dibuat lebih 42 hari selepas tarikh lahir anak di Sarawak.
Syarat Permohonan #
Permohonan untuk pendaftaran anak boleh dibuat oleh pihak berikut:
- Ibu atau bapa kandung kanak-kanak
- Jika bapa kandung tidak diperolehi, ibu atau seorang penganjur yang mengetahui mengenai kelahiran yang umurnya 10 tahun lebih tua daripada kanak-kanak
- Jika bapa tidak diperolehi dan ibu telah meninggal dunia, permohonan boleh dibuat oleh dua (2) orang penganjur yang mengetahui mengenai kanak-kanak tersebut dan masing-masing berumur 21 tahun dan ke atas di mana perbezaan umur sekurang-kurangnya 15 tahun lebih tua daripada kanak-kanak
- Jika kanak-kanak yang baru dilahirkan hidup dan terdedah dan kelahirannya tidak didaftarkan, permohonan boleh dikemukakan oleh dua (2) orang penganjur yang merupakan Pegawai Kebajikan Masyarakat atau orang yang diberi hak penjagaan kanak-kanak mengikut AKta Perlindungan Kanak-Kanak 1991
Prosedur #
Permohonan untuk pendaftaran lewat kelahiran boleh dibuat di seluruh Sarawak dengan membawa bersama dokumen yang diperlukan ke mana-mana pejabat JPN yang berdekatan tempat kediaman pemohon.
Dokumen yang diperlukan (Jika Kelahiran Berlaku di Rumah) #
Dokumen Kanak-Kanak (Asal dan Salinan)
- Borang I – Daftar Kelahiran
- Borang X – Carian/Cabutan Daftar Kelahiran
- Surat pengesahan kelahiran oleh Tuai Rumah/Ketua Kampung/Kapitan/Penghulu (Borang SPK)
- Surat pengesahan kelahiran oleh Bidan (Borang SPB)
- Salinan kad pengenalan atau salinan sijil kematian (jika bidan telah meninggal dunia) Tuai Rumah dan Bidan
- Gambar berukuran passport (terkini) pemohon
- Cabutan Daftar Sekolah atau Sijil Persekolahan berserta pengesahan oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah jika kanak-kanak bersekolah dan berumur tujuh (7) tahun ke atas atau Surat Akuan Kanak-Kanak Tidak Pernah Bersekolah perlu diisi oleh Penghulu atau Ketua Kaum atau Ahli Parlimen atau ADUN dalam kawasan di mana kanak-kanak tinggal dan kanak-kanak berumur tujuh (7) tahun ke atas
Dokumen Ibu dan Bapa (Asal dan Salinan)
- Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport (ibu bapa kanak-kanak atau pemaklum atau saksi atau penganjur) atau Sijil Kematian ibu bapa kanak-kanak (asal dan salinan)
- Sijil Perkahwinan atau Sijil Perceraian (asal dan salinan)
- Gambar Terkini Ukuran Pasport ibu dan bapa (satu (1) keping)
Dokumen Adik Beradik (Asal dan Salinan)
- Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan adik-beradik kanak-kanak jika ada (asal dan salinan)
- Gambar Terkini Ukuran Pasport adik-beradik kandung seibu sebapa (satu (1) keping)
- Borang Maklumat Keluarga BMK81 dan BMK81A
Dokumen Penganjur (Asal dan Salinan)
- Akuan Sumpah Berkanun SA-81 bagi dua (2) orang penganjur yang mengetahui tentang kelahiran
- Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport atau Sijil Kematian pemaklum atau saksi atau penganjur (asal dan salinan)
Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan (Kelahiran Berlaku Di Hospital Kerajaan atau Hospital Swasta atau Klinik Swasta atau Klinik Kerajaan) #
Dokumen Kanak-Kanak (Asal dan Salinan)
- Borang I – Daftar Kelahiran
- Borang X – Carian/Cabutan Daftar Kelahiran
- Kad Pranatal atau Rawatan Mengandung, Kad Kesihatan & Imunisasi Kanak-Kanak, Surat Akuan Bidan atau Doktor (asal dan salinan)
- Ringkasan pelepasan (Discharge Summary) (asal dan salinan)
- Gambar berukuran passport (terkini) pemohon
- Cabutan Daftar Sekolah atau Sijil Persekolahan berserta pengesahan oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah jika kanak-kanak bersekolah dan berumur tujuh (7) tahun ke atas atau Surat Akuan Kanak-Kanak Tidak Pernah Bersekolah perlu diisi oleh Penghulu atau Ketua Kaum atau Ahli Parlimen atau ADUN dalam kawasan di mana kanak-kanak tinggal dan kanak-kanak berumur tujuh (7) tahun ke atas
Dokumen Ibu dan Bapa (Asal dan Salinan)
- Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport (ibu bapa kanak-kanak atau pemaklum atau saksi atau penganjur) atau Sijil Kematian ibu bapa kanak-kanak (asal dan salinan)
- Sijil Perkahwinan atau Sijil Perceraian(asal dan salinan)
- Gambar Terkini Ukuran Pasport ibu dan bapa (satu (1) keping)
Dokumen Adik Beradik(Asal dan Salinan)
- Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan adik-beradik kanak-kanak jika ada (asal dan salinan)
- Gambar Terkini Ukuran Pasport adik-beradik kandung seibu sebapa (satu (1) keping)
- Borang Maklumat Keluarga BMK 81 dan BMK-81A