- Pengesahan Taraf Kewarganegaraan di bawah Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan di mana individu dilahirkan di luar negara Malaysia
Dikemas kini pada 8 November 2022
Perhatian: Panduan ini disediakan dengan niat yang baik untuk membantu keluarga dwinasional di Malaysia supaya anda dapat bersedia dengan dokumentasi yang sesuai yang dapat membantu anda untuk terus tinggal dan menetap di Malaysia. Senarai ini mungkin tidak lengkap, oleh yang demikian, senarai ini tidak boleh dianggap sebagai satu-satunya sumber rujukan anda. Kami ingin menegaskan bahawa anda dinasihatkan untuk sentiasa menyemak dengan imigresen/pejabat kerajaan tempatan dan juga kedutaan/pejabat Suruhanjaya Tinggi yang berkaitan untuk sebarang keperluan dan proses dokumentasi yang terkini.
Jika anda mendapati terdapat sebarang perubahan/ralat di dalam panduan ini disebabkan oleh kemas kini yang terbaru oleh pihak imigresen, sila hubungi pasukan FSSG melalui community@familyfrontiers.org. Terima kasih!
Sumber maklumat yang berguna:
https://www.jpn.gov.my/my/perkhidmatan/warganegara/warga-kluar
Pengesahan Taraf Kewarganegaraan di bawah Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan di mana individu dilahirkan di luar negara Malaysia #
Ini adalah permohonan untuk mengesahkan taraf kewarganegaraan seseorang individu yang dilahirkan di luar Malaysia pada atau selepas Hari Malaysia (16 September 1963) kepada bapa warga Malaysia.
Nota: Proses di bawah Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan bagi ibu warga Malaysia yang mempunyai anak yang dilahirkan di luar negara kini dibekukan sempena perjalanan prosiding Suriani Kempe & lain-lain v Kerajaan Malaysia & lain-lain di Mahkamah Persekutuan.
DILAHIRKAN DI LUAR NEGARA KEPADA BAPA WARGA MALAYSIA #
Syarat-syarat #
- Pemohon dan orang yang didaftarkan hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Kewarganegaraan/Pegawai Konsular semasa menegemukakan permohonan berdasarkan Peraturan 28 Peraturan Kewarganegaraan1964 (Pindaan 1996)
- Borang D mesti dilemgkapkan dan diserahkan bersama salinan dokumen-dokumen yang diperlukan.
Prosedur #
- Pemohon dan subjek harus pergi ke kaunter di Bahagian Kewarganegaraan di Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya atau ibu pejabat/cawangan JPN negeri. Bawa bersama dokumen asal dan salinan bagi dokumen yang diperlukan.
Dokumen-dokumen yang Diperlukan #
- Dokumen Orang yang didaftarkan (Asal dan salinan)
- Sijil kelahiran atau cabutan terkini sijil kelahiran (diterjemahkan kepada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris oleh mahkamah/pejabat konsulat/ penterjemah awam)
- Permit Masuk atau pasport atau dokumen perjalanan yang lain
- 3 gambar bersaiz pasport dengan latar belakang biru
- Dokumen ibu bapa (Asal dan salinan)
- Sijil kelahiran atau cabutan terkini sijil kelahiran
- Kad Pengenalan (jika ada)
- Sijil Kewarganegaraan
- Dokumen perkahwinan
- Borang D – Permohonan bagi pendaftaran kelahiran di luar negara
Nota: Borang atas talian hanya boleh digunakan sebagai rujukan sahaja. Untuk transaksi, sila gunakan borang asal.
Bayaran #
- RM20.00 untuk yuran permohonan
- RM10.00 untuk pengeluaran sijil oleh Kedutaan
- RM30.00 untuk pengeluaran sijil oleh Pendaftar Besar Warganegara dengan kelulusan Menteri Dalam Negeri
Nota: Bayaran dalam bentuk wang pos boleh diterima dalam nilai RM 10.00 sekeping.
DILAHIRKAN DI LUAR NEGARA KEPADA IBU WARGA MALAYSIA #
Syarat-syarat #
- Pemohon dan orang yang didaftarkan hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara/Pegawai Konsul semasa mengemukakan pemohonan
- Kehadiran bapa individu yang hendak didaftarkan (subjek) mungkin diperlukan.
- Pemohon adalah:
- ibu warga Malaysia; atau
- Penjaga atau saudara mara terdekat
- Mengisi Borang D dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen yang perlu dibawa bersama.
Prosedur #
Pendaftaran di Malaysia #
Pemohon dan subjek harus pergi ke kaunter di Bahagian Kewarganegaraan di Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya atau ibu pejabat/cawangan JPN negeri. Bawa bersama dokumen asal dan salinan bagi dokumen yang diperlukan.
- Mendapatkan Borang D
- Borang D boleh didapati di Bahagian Kewarganegaraan.
- Satu Borang D bagi setiap subjek. Setiap Borang D mempunyai nombor siri yang unik.
- Mohon pegawai JPN untuk meneliti dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memastikan ia lengkap untuk diserahkan.
- Penyerahan Borang D dan dokumen yang diperlukan
- Bawa bersama dokumen asal dan salinan. Bring along all original and copies of the necessary documents.
- Pergi ke kaunter Bahagian Kewarganegaraan.
- Mohon pegawai JPN untuk meneliti dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memastikan ia lengkap untuk diserahkan.
- Buat pembayaran yuran permohonan dan dapatkan resit yang mengandungi nombor siri Borang D. Jika resit tidak tertera “Borang D”, minta pembetulan ke atas resit tersebut oleh pegawai JPN.
- Pengutipan Sijil Pengesahan Taraf Kewarganegaraan
- Bawa bersama resit yang didapati semasa pembayaran yuran permohonan
- Buat pembayaran bagi pengeluaran sijil pengesahan taraf kewarganegaraan dan dapatkan resit
- Sijil Pengesahan Taraf Kewarganegaraan boleh digunakan untuk mendapatkan kad pengenalan dan dokumen-dokumen berkaitan kewarganegaraan yang lain
Pendaftaran di luar negara Malaysia (United Kingdom digunakan sebagai contoh) #
- Pemohon, subjek dan bapa subjek harus hadir di hadapan Kedutaan Malaysia di luar negara. Jika bapa subjek tidak dapat hadir, pegawai yang bertugas mungkin memerlukan alasan yang sah.
- Mengisi Borang D dan dokumen-dokumen yang diperlukan
- Permohonan akan dihantar ke JPN Putrajaya, Malaysia.
Dokumen-dokumen yang Diperlukan #
Pendaftaran di Malaysia #
Penting
- Semua salinan hendaklah dalam kertas saiz A4.
- Sediakan terjemahan dokumen kelahiran/perkahwinan/persekolahan dalam bahasa Melayu atau Inggeris oleh Mahkamah/Konsul/Penterjemah Awam.
- Salinan dokumen rasmi luar negara seperti sijil kelahiran/perkahwinan/bukti persekolahan, selain passport, perlu disahkan oleh kedutaan negara kelahiran kanak-kanak dan Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra).
- Umum
- Borang D yang lengkap
- Tiga (3) keping gambar terbaru berukuran passport berlatar belakang warna biru subjek
- Dokumen subjek
- Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil Kelahiran di luar negara
- Pasport atau lain-lain dokumen perjalanan (terkini) — salinan setiap muka surat
- Pasport lepas yang digunakan semasa kelahiran (jika ada) — salinan setiap muka surat
- Surat Akuan Kehilangan Pasport atau lain-lain dokumen perjalanan (jika berkenaan)
- Dokumen bukti persekolahan (jika bersekolah) atau Surat Akuan Tidak Bersekolah (jika tidak bersekolah)
- Kad pengenalan atau dokumen pengenalan (jika ada)
- Dokumen pemohon (Ibu)
- Kad pengenalan
- Sijil Kelahiran (terkini—kertas berwarna hijau) atau Cabutan Kelahiran terbaru (boleh didapati di JPN)
- Sijil warganegara atau Cabutan sijil warganegara (jika berkenaan)
- Pasport atau lain-lain dokumen perjalanan — salinan setiap muka surat
- Sijil perkahwinan ibu bapa subjek yang didaftarkan mengikut undang-undang bertulis di Persekutuan atau Surat Akuan Tidak Berkahwin (Lampiran BWN/TK/01 atau BWN/TK02 boleh didapatkan dari Bahagian Kewarganegaraan JPN) (jika berkenaan)
- Surat Persetujuan Ibu Bapa untuk memohon kewarganegaraan anak (mungkin tidak lagi diperlukan, sila pastikan dengan pegawai JPN)
- Dokumen perceraian atau sijil kematian pasangan (jika berkenaan)
- Penghakiman Mahkamah No. WA-24NCvC-2356-12/2020 bertarikh 9 September 2021 (sebagai rujukan)
- Dokumen bapa subjek
- Pasport atau lain-lain dokumen perjalanan (terkini) — salinan setiap muka surat
- Dokumen adik beradik subjek
- Kad pengenalan (jika ada)
- Pasport atau lain-lain dokumen perjalanan (jika ada) — salinan setiap muka surat
- Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil Kelahiran terbaru
- Dokumen pemohon selain ibu bapa
- Kad pengenalan
- Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil Kelahiran terbaru
- Dokumen tambahan yang mungkin diperlukan
- Salinan dokumen yang diterima semasa pertama kali memohon kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) Persekutuan Perlembagaan (Borang B)
- Sijil Kelahiran bapa subjek
- Gambar keluarga seluruh tubuh (dari kepala ke kaki) mungkin diperlukan bagi pendaftaran di Sabah
- Keadaan istimewa
- Ibu tunggal
- Salinan pasport bapa subjek mungkin diperlukan
- Sijil kewarganegaraan subjek tidak akan menyatakan nama bapa
- Bapa subjek tidak menetap di Malaysia
- Bukti bapa tersebut menetap di tempat lain, seperti permit kerja atau kad pengenalan
- Ibu adalah anak angkat
- Bukti seperti Sijil Pengangkatan
- Pembayaran
- RM20 bagi pendaftaran permohonan (sila simpan resit yang akan diperlukan semasa pengambilan Sijil Pengesahan Kewarganegaraan)
- RM30 bagi pengeluaran Sijil Pengesahan Taraf Kewarganegaraan (sila simpan resit)
Pendaftaran di luar negara Malaysia (Secara umum) #
Penting
Senarai dokumen yang disediakan di bawah bersifat umum. Sila dapatkan senarai semak dokumen lengkap daripada Perwakilan Malaysia negara yang berkaitan kerana senarai khusus dokumen yang diperlukan berbeza dari negara ke negara.
- Dalam tempoh masa 1 tahun dari tarikh lahir subjek
- Salinan gambar subjek bersaiz pasport dengan latar belakang biru
- Sijil perkahwinan Malaysia
- Pasport ibu bapa subjek — salinan setiap muka surat
- Kad pengenalan ibu bapa subjek
- Sijil kelahiran ibu bapa subjek
- Sijil kelahiran subjek sepertimana yang dikeluarkan oleh hospital
- Sijil kelahiran subjek yang telah disahkan dengan terjemahan Inggeris dan disahkan oleh Kementerian Luar Negeri negara yang mengeluarkan sijil kelahiran tersebut
- Semua dokumen asal
- Yuran pendaftaran
- Selepas tempoh masa 1 tahun dari kelahiran subjek
- Surat penjelasan sebab kelewatan pendaftaran kelahiran subjek
- Salinan gambar subjek bersaiz pasport dengan latar belakang biru
- Sijil perkahwinan Malaysia
- Pasport ibu bapa subjek — salinan setiap muka surat
- Kad pengenalan ibu bapa subjek
- Sijil kelahiran ibu bapa subjek
- Sijil kelahiran subjek sepertimana yang dikeluarkan oleh hospital
- Sijil kelahiran subjek yang telah disahkan dengan terjemahan Inggeris dan disahkan oleh Kementerian Luar Negeri negara yang mengeluarkan sijil kelahiran tersebut
- Semua dokumen asal
- Yuran pendaftaran
- Keadaan istimewa
- Ibu Tunggal (Telah Bercerai) — United Kingdom digunakan sebagai contoh di sini
- Surat Akuan yang telah disahkan oleh ‘Foreign and Commonwealth Office (FCO)’ untuk mengaku bahawa ibu subjek tidak berkahwin dengan bapa subjek, ditandatangani oleh ibu dan bapa subjek; dan
- Surat Akuan daripada ibu subjek yang telah disahkan oleh FCO untuk mengaku bahawa dia merupakan ibu kandung subjek
- Lima (5) gambar subjek bersaiz pasport dengan latar belakang biru
- Yuran pendaftaran
Nota:
- Permohonan untuk urusan kewarganegaraan memerlukan penggunaan borang asal Borang D. Borang D asal tersebut boleh didapati daripada JPN di Putrajaya atau ibu pejabat/cawangan JPN Negeri di mana pendaftaran di Malaysia, dan Perwakilan Malaysia di luar negara di mana pendaftaran di luar negara Malaysia.
- Panduan ini adalah berdasarkan sumber-sumber berikut:
- Portal Rasmi Jabatan Pendaftaran Negara | Permohonan Taraf Kewarganegaraan Di Bawah Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan Pengesahan Taraf Kewarganegaraan (Kelahiran Luar Negara) (https://www.jpn.gov.my/my/perkhidmatan/warganegara/warga-kluar)
- Maklum balas daripada ibu-ibu warga Malaysia yang telah menyerahkan dokumen-dokumen di bawah Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan
Portal Rasmi Kementerian Luar Negeri Malaysia (Wisma Putra) | Attestation of Documents (https://www.kln.gov.my/web/guest/attestation-of-documents)