Perhatian: Panduan ini disediakan dengan niat yang baik untuk membantu keluarga dwinasional di Malaysia supaya anda dapat bersedia dengan dokumentasi yang sesuai yang dapat membantu anda untuk terus tinggal dan menetap di Malaysia. Senarai ini mungkin tidak lengkap, oleh yang demikian, senarai ini tidak boleh dianggap sebagai satu-satunya sumber rujukan anda. Kami ingin menegaskan bahawa anda dinasihatkan untuk sentiasa menyemak dengan imigresen/pejabat kerajaan tempatan dan juga kedutaan/pejabat Suruhanjaya Tinggi yang berkaitan untuk sebarang keperluan dan proses dokumentasi yang terkini.
Jika anda mendapati terdapat sebarang perubahan/ralat di dalam panduan ini disebabkan oleh kemas kini yang terbaru oleh pihak imigresen, sila hubungi pasukan FSSG melalui community@familyfrontiers.org. Terima kasih!
Sumber maklumat yang berguna:
Terdapat beberapa kategori bagi pasangan Islam untuk mendaftarkan perkahwinan mereka di bawah undang-undang keluarga Islam. Antara kategori permohonan adalah seperti berikut:
- Permohonan kad sijil nikah
- Permohonan perkahwinan yang memerlukan perintah mahkamah
PERMOHONAN KAD SIJIL NIKAH #
Pemohon yang menetap di negeri-negeri lain dan wilayah persekutuan Malaysia dikehendaki mematuhi keperluan jabatan agama negeri masing-masing.
Untuk Wilayah Persekutuan #
Bagi pasangan Islam yang menetap di Wilayah Persekutuan seperti Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya, permohonan dibuat secara manual dengan mendapatkan Permohonan Kad Sijil Nikah melalui laman web JAWI berserta Sijil Nikah asal.
Bagi Jabatan Agama Negeri #
Bagi pasangan Islam yang menetap di negeri-negeri lain seperti Selangor, mereka mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh jabatan agama negeri di Selangor, dan untuk mendaftar kad sijil perkahwinan mereka di Selangor, mereka mesti memohon dengan Sijil Peguam Negeri Selangor.
Pemohon/wakil hendaklah mengunjungi One-Stop Centre (OSC) di Aras G, Jabatan Agama Islam Selangor, Bangunan Idris Shah, Menara Utara, Shah Alam, atau Pejabat Agama Daerah dengan membawa dokumen berikut:-
1. Sijil Nikah asal beserta satu fotokopi
2. Gambar suami isteri berukuran pasport (Isteri perlu bertudung sepenuhnya atau menutup aurat);
3. Bayaran berjumlah RM40 (permohonan di ibu pejabat – kaunter OSC) / RM50 (permohonan di Pejabat Agama Islam Daerah)
PROSEDUR PENDAFTARAN PERKAHWINAN #
- Semasa peringkat awal permohonan, pasangan Islam yang berwarga Malaysia perlu menghadiri kursus pra-perkahwinan Islam sebelum mendapat kebenaran untuk berkahwin antara satu sama lain daripada penolong pendaftar.
- Ujian HIV Sebelum Perkahwinan
Pasangan perlu menjalani ujian HIV sebelum berkahwin di klinik atau hospital kesihatan kerajaan. Jika keputusannya negatif, mereka akan dibenarkan untuk meneruskan ke peringkat seterusnya.
Sekiranya keputusan HIV positif, proses pendaftaran perkahwinan akan digantung dan pemohon akan menjalani kaunseling daripada Jabatan Agama. Pasangan dan keluarga mereka akan dimaklumkan tentang implikasi HIV dan mereka perlu memutuskan sama ada untuk meneruskan pendaftaran perkahwinan atau tidak.
- Penolong pendaftar hendaklah memastikan pemohon tinggal di sekitar surau atau masjid. Dia juga mesti memastikan borang permohonan perkahwinan diisi dengan maklumat yang tepat.
Penolong pendaftar hendaklah memastikan borang permohonan dilampirkan dengan dokumen berikut:
- Salinan Sijil Kelahiran
- Salinan Kad Pengenalan
- Sijil kursus Pra-perkahwinan
- Keputusan HIV untuk kedua-dua pasangan
- Sijil Perakuan Bujang oleh Majikan
- Perintah dekri nisi (jika berkenaan)
- Sijil Kematian (jika berkenaan)
- Sijil Pengesahan Memeluk Agama Islam (untuk mualaf baharu)
- Surat kebenaran daripada PDRM atau Kementerian Pertahanan (jika pemohon aktif bertugas sebagai pegawai polis atau tentera)
Sebaik sahaja penolong pendaftar berpuas hati bahawa semua keperluan telah dipatuhi, status akan disahkan dalam borang permohonan berkenaan.
KELULUSAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN #
- Kecuali apa-apa yang terkandung dalam (iii), pendaftar perkahwinan & perceraian hanya boleh menerima permohonan perkahwinan yang dibenarkan oleh penolong pendaftar.
- Pendaftar hendaklah memastikan borang permohonan diterima dalam tempoh 7 hari sebelum tarikh cadangan perkahwinan.
- Pendaftar boleh menerima sebarang permohonan sedia ada untuk pendaftaran perkahwinan.
- Pendaftar selepas berpuas hati dengan permohonan yang didaftarkan di negara ini, akan mengeluarkan kelulusan perkahwinan dengan menyatakan kenyataan dalam permohonan itu.
Manakala bagi permohonan perkahwinan dari luar negara, pendaftar akan mengeluarkan kelulusan perkahwinan dengan cara Sijil Kelulusan Nikah.
PROSES PERMOHONAN PERKAHWINAN #
- Permohonan perkahwinan yang memerlukan perintah mahkamah
Pendaftar akan merujuk kategori permohonan perkahwinan ini kepada Mahkamah Syariah untuk kelulusan:
- Muslimah yang tidak mempunyai wali nasab atau wali enggan
- Salah seroangdaripada pasangan di bawah umur
- Perkahwinan poligami
- Wanita yang diceraikan sebelum melakukan persetubuhan dengan bekas suaminya (jika perkahwinan dalam tempoh menunggu atau edah)
Pendaftar akan menyemak permohonan sebelum menyerahkan semua dokumen berkaitan kepada mahkamah Syariah untuk kelulusan. Setelah berpuas hati dengan semua dokumen, pendaftar akan mengeluarkan laporan dan surat kepada pendaftar mahkamah.
- Tempoh sah kelulusan pendaftaran perkahwinan
- Pendaftar akan mengeluarkan kelulusan perkahwinan untuk tempoh sah selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh dikeluarkan.
- Atas permohonan daripada pemohon, pendaftar boleh melanjutkan tempoh kelulusan sehingga 90 hari tambahan untuk permohonan sedia ada.
- Pendaftar hendaklah memastikan pelanjutan untuk kelulusan hendaklah dibuat dalam tempoh 14 hari dari hari terakhir kelulusan pertama untuk pendaftaran perkahwinan.
- Pendaftar hendaklah memastikan permohonan lanjutan masa untuk kelulusan perkahwinan dibuat di pejabat Pendaftaran di mana kelulusan perkahwinan pertama dikeluarkan.
- Apabila tempoh kelulusan perkahwinan telah berlalu, pendaftar hanya akan menerima permohonan baharu daripada pemohon untuk kelulusan perkahwinan.
KELULUSAN BERKAHWIN DENGAN PASANGAN ASING DI MALAYSIA #
Perkahwinan antara warganegara Malaysia dengan pasangan asing
- Bagi perkahwinan dengan pasangan asing, pendaftar akan memastikan borang permohonan dihantar dengan dokumen berikut:
- Satu salinan passport yang sah.
- Surat kelulusan daripada kedutaan asing untuk pemohon.
- Surat penerangan dari Jabatan Imigresen Malaysia.
- Jika pasangan asing adalah wanita, pendaftar akan memastikan kehadiran wali atau mendapatkan Sijil walakah wali daripada agensi penguatkuasa agama di mana pemohon adalah penduduk negara tersebut.
BAYARAN UNTUK KELULUSAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN #
- Pendaftar boleh mengeluarkan Sijil Nikah sebaik sahaja pemohon telah memenuhi bayaran untuk proses permohonan perkahwinan.
- Pendaftar akan mengeluarkan surat rasmi kepada pemohon untuk butiran pembayaran.
Akad Nikah #
- Pendaftar harus memastikan upacara akad nikah diadakan di tempat tinggal wanita tersebut.
- Pendaftar boleh memberi kebenaran untuk mengadakan majlis akad nikah di tempat lain yang sesuai.
- Pendaftar harus memastikan majlis akad nikah diadakan oleh:
- Seorang wali di hadapan pendaftar.
- Seorang wakil wali dengan kebenaran pendaftar.
- Pendaftar sendiri sebagai wakil wali.
- Pendaftar bertindak sebagai wali raja atau wali hakim bagi wanita yang tidak mempunyai wali nasab atau wali enggan.
PROSEDUR PENDAFTARAN PERKAHWINAN #
Pendaftaran dalam negara #
- Pendaftar akan mendaftarkan perkahwinan selepas upacara akad nikah mengikut undang-undang Islam yang sedia ada di negara ini.
- Pendaftar akan mengeluarkan kad pendaftaran perkahwinan dalam tempoh 30 hari dari tarikh akad nikah.
Pendaftaran di luar negara #
- Pendaftar akan memastikan permohonan pendaftaran perkahwinan dari luar negara belum didaftarkan dengan kedutaan atau pendaftar yang dilantik.
- Pendaftar akan memastikan bahawa hanya perkahwinan tidak berdaftar dari luar negara dibenarkan untuk memohon pendaftaran perkahwinan.
- Pendaftar akan memastikan setiap permohonan perkahwinan mengandungi dokumen berikut:
- Sijil perkahwinan dari negara luar
- Sebarang bukti, sama ada lisan atau bertulis yang memuaskan hati pendaftar sebelum perkahwinan.
- Borang permohonan yang betul dan dibuat untuk pendaftaran perkahwinan bersama-sama dengan tandatangan pemohon.
- Pendaftar boleh mengecualikan sama ada suami atau isteri dengan syarat pendaftar berpuas hati dengan dokumen berkaitan perkahwinan.
- Pendaftar akan menyatakan sebab ketidakhadiran pasangan semasa pendaftaran perkahwinan.
- Pendaftar semasa pendaftaran hendaklah tanpa berlengah-lengah memberikan salinan borang pendaftaran perkahwinan yang terkandung dengan tandatangan pasangan.
- Pendaftar dikehendaki menyerahkan salinan borang pendaftaran perkahwinan kepada ketua pendaftar pada tempoh yang ditetapkan untuk diterbitkan dalam jilid khusus untuk pasangan yang berkahwin di luar negara.
Institut Terjemahan & Buku Malaysia (Malaysian National Institutes of Translation)
Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Wisma ITBM, 2, Jalan 2/27e,
Seksyen 10 Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur, Malaysia
+603 4145 1800
info@itbm.com.my
Terjemahan
salesonline@itbm.com.my
+603 4145 1942