PERKAHWINAN BUKAN ISLAM DI MALAYSIA
ATAU
PERKAHWINAN BUKAN ISLAM YANG DILAKUKAN DI NEGARA LAIN
Perhatian: Panduan ini disediakan dengan niat yang baik untuk membantu keluarga dwinasional di Malaysia supaya anda dapat bersedia dengan dokumentasi yang sesuai yang dapat membantu anda untuk terus tinggal dan menetap di Malaysia. Senarai ini mungkin tidak lengkap, oleh yang demikian, senarai ini tidak boleh dianggap sebagai satu-satunya sumber rujukan anda. Kami ingin menegaskan bahawa anda dinasihatkan untuk sentiasa menyemak dengan imigresen/pejabat kerajaan tempatan dan juga kedutaan/pejabat Suruhanjaya Tinggi yang berkaitan untuk sebarang keperluan dan proses dokumentasi yang terkini.
Jika anda mendapati terdapat sebarang perubahan/ralat di dalam panduan ini disebabkan oleh kemas kini yang terbaru oleh pihak imigresen, sila hubungi pasukan FSSG melalui community@familyfrontiers.org. Terima kasih!
Sumber maklumat yang berguna:
https://www.imi.gov.my/index.php/utama/
UNTUK PASANGAN BUKAN BERAGAMA ISLAM #
Bagi warganegara Malaysia bukan beragama Islam yang mempunyai pasangan asing yang telah berkahwin di luar negara dan mendaftarkan perkahwinan mereka di bawah undang-undang sivil negara asing, mereka dikehendaki mendaftar semula perkahwinan mereka di bawah Seksyen 31 Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan & Perceraian) 1976 selepas 01 Mac 1982 sama ada di Jabatan Pendaftaran Negara terdekat, Kedutaan Malaysia, Suruhanjaya Tinggi atau Konsulat.
Permohonan ini hanya untuk warga Malaysia bukan beragama Islam yang perkahwinan mereka didaftarkan di bawah undang-undang negara asing.
Mereka dikehendaki mendaftar semula perkahwinan mereka dalam tempoh 6 bulan:
- Selepas tarikh perkahwinan; atau
- Selepas tiba di Malaysia (sebelum tamat tempoh 6 bulan di bawah perenggan 1.
Pendaftaran semula perkahwinan tidak diwajibkan kepada seseorang yang diberi taraf kewarganegaraan Malaysia selepas perkahwinannya didaftarkan di bawah undang-undang negara asing.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN #
- Pasangan tersebut dikehendaki hadir ke kaunter JPN atau Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara untuk permohonan dan pendaftaran perkahwinan.
- Perkahwinan yang didaftarkan di bawah undang-undang negara asing mesti didaftarkan semula di Pejabat Perwakilan Malaysia dalam tempoh 6 bulan dari tarikh perkahwinan. Jika pasangan itu memasuki Malaysia sebelum tamat tempoh 6 bulan tarikh perkahwinan didaftarkan di bawah undang-undang negara asing, maka pengiraan 6 bulan akan dimulakan pada tarikh ketibaan terkini di Malaysia yang tertera di dalam pasport.
- Pendaftaran semula yang melebihi 6 bulan selepas tarikh pendaftaran perkahwinan di luar Malaysia akan dikenakan penalti RM100.00 untuk tahun pertama dan RM50.00 untuk setiap tahun berikutnya atau sebahagian dari tahun berikut.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN #
Dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran semula perkahwinan di Malaysia adalah seperti berikut:
- Borang JPN.KC06 diisi dengan lengkap
Pautan ke borang contoh: https://www.jpn.gov.my/images/pdf/perkhidmatan/JPNKC06.pdf |
- MyKad ASAL (untuk warganegara Malaysia).
- Pasport ASAL dan salinan muka surat yang mengandungi butiran peribadi dan tarikh ketibaan terkini di Malaysia untuk warganegara Malaysia dan bukan warganegara, jika berkenaan.
- Pasport ASAL dan salinan muka surat yang mengandungi butiran peribadi dan tarikh pada pasport semasa perkahwinan itu didaftarkan di negara berkenaan untuk warganegara Malaysia dan bukan warganegara.
- Dokumen pengenalan diri yang digunakan untuk pendaftaran perkahwinan di negara asing untuk bukan warganegara, jika berkenaan.
- Satu (1) gambar berwarna berukuran pasport bagi setiap pemohon.
- Sijil nikah negara asing (ASAL dan salinan)
- Sijil perkahwinan asing dari India, Thailand, Indonesia, Filipina, Nigeria, Sri Lanka atau mana-mana negara lain jika diperlukan, mestilah:
- Diperakui oleh sama ada wakil Malaysia di negara asal mereka. atau konsulat pemohon di Malaysia, dan
- Disahkan semula oleh Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) di Putrajaya, Kuching atau Kota Kinabalu
- Sijil nikah dari Vietnam mesti disahkan semula oleh kedutaan Vietnam di Malaysia.
- Sijil perkahwinan asing dari India, Thailand, Indonesia, Filipina, Nigeria, Sri Lanka atau mana-mana negara lain jika diperlukan, mestilah:
- Sijil Lahir pasangan bukan warganegara (ASAL dan fotostat)
- Dekri nisi mutlak (sijil cerai), jika berkenaan (ASAL dan fotostat).
- Sijil kematian pasangan terdahulu, jika berkenaan (ASAL dan salinan)
- Bagi warga Myanmar, surat daripada kerajaan Myanmar untuk mengesahkan kesahihan sijil perkahwinan Myanmar.
- Surat Pengesahan yang menyatakan bahawa pemohon bukan seorang Muslim dari kerajaan masing-masing (iaitu, Iran, Iraq, Mesir, Algeria, Pakistan, Bangladesh atau negara Islam lain atau dari mana-mana negara lain jika diperlukan).
- Sila ambil perhatian bahawa semua dokumen mestilah asli dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Jika tidak, anda mesti menyertakan terjemahan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris yang ASLI oleh penterjemah yang berkelayakan.
- Terjemahan mesti termasuk nama, butiran hubungan tandatangan penterjemah dan tarikh terjemahan.
Permohonan boleh dikemukakan di Jabatan Pendaftaran Negara atau Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.