PERKAHWINAN ISLAM DI MALAYSIA
ATAU
PERKAHWINAN ISLAM YANG DILAKUKAN DI NEGARA LAIN
Perhatian: Panduan ini disediakan dengan niat yang baik untuk membantu keluarga dwinasional di Malaysia supaya anda dapat bersedia dengan dokumentasi yang sesuai yang dapat membantu anda untuk terus tinggal dan menetap di Malaysia. Senarai ini mungkin tidak lengkap, oleh yang demikian, senarai ini tidak boleh dianggap sebagai satu-satunya sumber rujukan anda. Kami ingin menegaskan bahawa anda dinasihatkan untuk sentiasa menyemak dengan imigresen/pejabat kerajaan tempatan dan juga kedutaan/pejabat Suruhanjaya Tinggi yang berkaitan untuk sebarang keperluan dan proses dokumentasi yang terkini.
Jika anda mendapati terdapat sebarang perubahan/ralat di dalam panduan ini disebabkan oleh kemas kini yang terbaru oleh pihak imigresen, sila hubungi pasukan FSSG melalui community@familyfrontiers.org. Terima kasih!
Sumber maklumat yang berguna:
https://www.imi.gov.my/index.php/utama/
UNTUK PASANGAN ISLAM (TIADA PASANGAN ASING) #
Apabila kembali ke Malaysia, pasangan Muslim dikehendaki mendaftar semula perkahwinan Bagi pasangan yang mendaftarkan perkahwinan mereka di mana-mana agensi agama Islam atau pusat agama Islam di luar negara tetapi tidak mendaftarkan perkahwinan mereka di Kedutaan Malaysia, Suruhanjaya Tinggi atau Konsulat, mereka dikehendaki mengemukakan Sijil Perkahwinan mereka atau sebarang dokumen berkaitan perkahwinan yang disahkan oleh badan-badan agama Islam di negara asing bagi tujuan pendaftaran semula di Malaysia.
Selepas balik ke Malaysia, pasangan Islam hendaklah mendaftarkan semula perkahwinan mereka dengan Jabatan Agama Negeri dalam tempoh 6 bulan selepas mereka kembali ke Malaysia, jika gagal, penalti akan dikenakan bagi pendaftaran yang lewat.
Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen berikut:
- Salinan Kad Pengenalan Suami dan Isteri;
- Salinan pasport bagi suami atau isteri yang bukan berwarganegara Malaysia;
- Salinan Sijil Pengesahan Memeluk Agama Islam (jika berkenaan);
- Salinan Surat Kebenaran Perkahwinan yang telah disahkan benar (jika berkenaan);
- Salinan sijil kematian yang disahkan benar bersama dengan salinan asal Perakuan Perkahwinan jika pasangan pemohon terdahulu meninggal dunia atau dianggap mati;
- Salinan Sijil Perkahwinan yang asal dan disahkan benar bersama salinan yang diterjemahkan dalam Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Inggeris;
- Salinan Sijil Cerai yang disahkan sah atau mana-mana dokumen perceraian yang diiktiraf oleh Mahkamah (jika berkenaan);
- Surat Wali jika Wali tidak dapat menghadiri akad nikah;
- Sebarang dokumen yang berkaitan dengan perkahwinan yang diperakui oleh pihak berkuasa agama di negara tempat perkahwinan itu berlaku.
AKAD NIKAH DI NEGARA LUAR (UNTUK ORANG ISLAM) #
Majlis akad nikah boleh dilakukan di kedutaan Malaysia, Suruhanjaya Tinggi atau konsulat di negara asing dan ia boleh dijalankan oleh orang-orang berikut:
- Wali bagi wanita Islam, majlis akad nikah hendaklah dijalankan di hadapan Pendaftar untuk nikah, cerai dan rujuk yang dilantik oleh agensi agama di negara asing tersebut (jika berkenaan); atau
- Wakil Wali dengan kebenaran pendaftar (jika berkenaan); atau
- Pendaftar nikah, cerai dan rujuk yang dilantik oleh agensi agama (jika berkenaan).
- Wali Raja atau Wali Hakim bagi wanita Islam yang tidak mempunyai wali nasab.
Pendaftar digalakkan untuk memberikan taklimat atau penerangan terperinci tentang perkahwinan Islam kepada pasangan yang mendaftar semula perkahwinan mereka.
Majlis perkahwinan yang diadakan di mana-mana pusat agama Islam hendaklah dijalankan mengikut undang-undang Syariah yang sedang dikuatkuasakan di negara asing tersebut.