Skip to main content
View Categories

[BM] Cara-cara membawa masuk ibu bapa pasangan asing ke Malaysia

4 min read

Melalui Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang #

Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang (LTSVP) boleh dikeluarkan kepada warga asing untuk tempoh 6 bulan dan boleh dilanjutkan selepas tempoh 6 bulan itu luput.

Kelayakan #

  • 60 tahun ke atas
  • Tidak mempunyai ahli keluarga / tanggungan di negara asalnya dan mempunyai penjaga atau ahli keluarga di Malaysia.

Dokumen yang Diperlukan #

  • Borang Imm.12 (2 salinan)
  • Form Imm.38 [Visa Form]
  • Salinan Pasport pemohon (semua muka surat bercetak)
  • Surat Akuan Pemohon (dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah daripada Mahkamah Kerajaan)
  • Personal Bond  /  Security Bond (dicap RM 10 di LHDN) – Security Bond untuk warga China dan Nigeria
  • Salinan Kad Pengenalan Penaja (penaja mesti hadir bersama)
  • Borang Akuan Penaja (dicap oleh Pesuruhjaya Sumpah daripada Mahkamah Kerajaan)
  • Bukti Pendapatan Penaja
  • Bukti pendapatan majikan ( Kepala Surat Syarikat ) ATAU
  • Lesen perniagaan/SSM/ROC DAN
  • Penyata Bank Akaun Peribadi – 3 bulan terkini
  • Sijil Cerai / Sijil Kematian pasangan, Sijil Nikah, Sijil Kelahiran, Sijil Notari diterjemahkan dalam Bahasa Melayu / Inggeris (pengesahan daripada Kedutaan Malaysia dan Kementerian Luar Negeri)
  • Bukti pertalian hendaklah dikemukakan dalam bentuk dokumen untuk menjelaskan hubungan antara penaja dan pemohon
  • Nota: Semua dokumen yang difotostat hendaklah disertakan dengan dokumen asal
  • Nota: Permohonan atau sambungan yang melibatkan warganegara China dan negara Afrika hendaklah dikemukakan kepada Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia.

Melalui Visa dengan Rujukan #

Visa dengan Rujukan (VDR) ialah visa yang dikeluarkan oleh Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara kepada bukan warganegara yang membolehkannya memasuki Malaysia selepas Visa diluluskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Kategori #

  • Permohonan Visa dengan Rujukan (Afghanistan)
  • Permohonan Visa dengan Rujukan (India)
  • Permohonan Visa dengan Rujukan (China, Vietnam, Korea Utara dan Cuba)

Dokumen yang Diperlukan [Pemohon dari Afghanistan] #

  • Surat Permohonan yang dihantar dan diterima oleh Kedutaan/Suruhanjaya Tinggi Malaysia
  • Borang IMM.47
  • 2 keping gambar terkini pemohon berukuran pasport
  • Salinan pasport Pemohon
  • Kad Pengenalan Penaja
  • Surat Aku Janji Penaja
  • Security Bond

Dokumen yang Diperlukan [Pemohon dari India] #

  • 2 Salinan Fotostat Borang IMM.12
  • Borang IMM.38
  • Kad Pengenalan Penaja
  • 2 keping gambar terkini pemohon berukuran pasport
  • Salinan pasport Pemohon
  • Bukti Sokongan Kewangan Penaja / Borang J (pendapatan bersamaan atau lebih daripada RM2,000/bulan)
  • Surat Aku Janji Penaja
  • Dokumen Sokongan Hubungan Keluarga

Dokumen yang Diperlukan [Pemohon dari China, Vietnam, Korea Utara dan Cuba] #

  • 2 Salinan Fotostat Borang IMM.12
  • Borang IMM.38
  • Kad Pengenalan Penaja
  • 2 keping gambar terkini pemohon berukuran pasport
  • Salinan pasport Pemohon
  • Surat menyurat dengan tafsiran yang disahkan
  • Pemohon hendaklah berumur 30 tahun dan ke atas
  • Dokumen sokongan pertalian keluarga
  • Sijil Nikah Penaja
  • Salinan Sijil Notari

Berapa lamakah VDR bertahan? #

  • Ia hanya bertahan selama 6 bulan

Berapakah kos untuk memohon VDR? #

  • RM150 berserta security bond (bergantung kepada negara)

Bolehkah ia diperbaharui selepas tempohnya luput? #

  • Ia tidak boleh diperbaharui
  • Anda boleh memohon semula selepas 90 hari keluar dari Malaysia.

Melalui Pas Residen #

Ini adalah pas yang dikeluarkan kepada mana-mana warganegara asing yang termasuk dalam mana-mana kategori yang dinyatakan di bawah Peraturan 16A, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963

Kelayakan [Kategori 3] #

Ibu mertua / bapa mertua kepada warganegara Malaysia yang memegang pas yang sah di Malaysia

Nota: hanya terpakai jika ibu mertua / bapa mertua Warganegara Malaysia memegang pas yang sah (cth. LTSVP)

Syarat-syarat #

  • Pemohon mesti mempunyai dokumen perjalanan atau pasport yang sah dengan tempoh sah laku sekurang-kurangnya 6 bulan
  • Pemohon telah tinggal di Malaysia dengan pas jangka panjang yang sah (cth. LTSVP)
  • Pemohon telah menetap di Malaysia sekurang-kurangnya 3 tahun dengan pas jangka panjang yang sah [boleh dilakukan dengan melanjutkan LTSVP sebelum tempoh tamat]
  • Permohonan hendaklah ditaja oleh warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas
  • Semua dokumen salinan fotostat yang dikeluarkan oleh negara asing MESTI disahkan oleh perwakilan asing yang sama di Malaysia
  • Permohonan di Semenanjung Malaysia mesti ditaja oleh warganegara Malaysia
  • Permohonan di Sabah dan Sarawak mesti ditaja oleh warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah atau Sarawak
  • Kedua-dua penaja dan pemohon WAJIB hadir semasa penyerahan dokumen di pejabat Imigresen.

Kadar Bayaran #

  • Pas Kediaman RM500.00 untuk 5 tahun
  • Visa Kemasukan Berbilang mengikut negara

Dokumen yang Diperlukan #

  • Borang IMM 16a
  • Salinan pasport pemohon (baru dan lama)
  • 2 salinan foto bersaiz pasport pemohon
  • 2 salinan kad pengenalan penaja
  • Salinan sijil kelahiran anak kandung
  • Salinan sijil nikah pemohon
  • Salinan sijil perkahwinan anak kandung

Sumber #

LTSVP

https://www.imi.gov.my/index.php/en/main-services/pass/visitor-pass/social-visit-pass/long-term-social-visit-pass/

Visa dengan Rujukan

https://www.imi.gov.my/index.php/en/visa-with-reference/

https://www.facebook.com/FSSGMY/posts/1362455663937401

Pas Residen

https://www.imi.gov.my/index.php/en/main-services/pass/residence-pass/