Anak warga Malaysia yang berstatus bukan warganegara yang ingin melanjutkan pelajaran di mana-mana peringkat di Malaysia dikehendaki memohon Pas Pelajar daripada Jabatan Imigresen Malaysia
Kelayakan #
Anak warga Malaysia yang berstatus bukan warganegara mesti memohon Pas Pelajar, sama ada sekolah/institusi pendidikan swasta atau awam.
Dokumen-dokumen yang diperlukan #
- Surat sokongan (Kementerian Pendidikan / Jabatan Pembangunan Kemahiran)
- Surat pejabat dari sekolah / institusi pengajian tinggi / pusat bahasa / pusat latihan
- 2 set Borang IMM. 14
- 2 set salinan pasport / dokumen perjalanan
- 2 set gambar berwarna (3.5cm x 3.5cm)
- Borang Personal Bond (dicap)
- Bagi pelajar yang ingin berpindah ke universiti/kolej, mereka memerlukan surat pelepasan daripada universiti/kolej terdahulu, laporan prestasi kehadiran, dan surat sokongan daripada Kementerian Pendidikan.
Prosedur #
Keseluruhan proses untuk Pas Pelajar adalah agak panjang, jadi sila baca ini dengan teliti dan rancang jadual anda dengan sewajarnya. Jika ini kali pertama anda menjalankan proses ini, dinasihatkan untuk memulakan 3 bulan lebih awal daripada penggal persekolahan.
Sebelum Sekolah Dibuka #
- Dapatkan perlindungan insurans perubatan untuk anak anda, kerana ia adalah prasyarat semasa memohon Pas Pelajar. Banyak syarikat insurans seperti AIA, Allianz, AXA, Prudential ada menawarkan. [Anda boleh bertanya dengan ejen insurans anda kerana tiada keutamaan Kerajaan terhadap pembekal insurans]
- Semasa membuat permohonan insurans, anda boleh pergi ke Jabatan Pendidikan / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) (boleh didapati melalui Google) untuk mendapatkan Borang Merah Jambu dan senarai semak serta mendapatkan penjelasan mengenai tarikh terkini anda boleh menghantar Borang Merah Jambu.
- Bawa dokumen yang disenaraikan dalam senarai semak Borang Merah Jambu ke sekolah (yang yang ingin daftarkan anak anda) untuk membolehkan mereka mengesahkan dokumen anda.
- Anda juga boleh mempertimbangkan untuk membuat temu janji dengan Pejabat Imigresen kira-kira 1 bulan lebih awal yang membolehkan anda mempunyai masa yang mencukupi untuk menyediakan dokumen anda dan menyerahkan dokumen semasa temujanji.
Selepas Sekolah Dibuka #
- Serahkan dokumen yang disenaraikan dalam Borang Merah Jambu kepada Jabatan Pendidikan/ Pejabat Pendidikan Daerah selepas pihak sekolah mengesahkannya. (Nota: Sesetengah ibu telah menyatakan bahawa permohonan hanya boleh dibuat melalui Jabatan Pendidikan Negeri dan bukannya Pejabat Pendidikan Daerah. Temujanji perlu dibuat secara dalam talian sebelum lawatan ke Jabatan Pendidikan. Sila semak dengan Jabatan Pendidikan sebelum membuat pengaturan)
- Jabatan Pendidikan/ PPD akan memaklumkan anda tarikh untuk kembali ke pejabat dan menyemak status permohonan anda. Ia akan mengambil masa kira-kira 2 minggu dari tarikh penyerahan anda. Sekiranya permohonan diluluskan, anda dikehendaki membuat pembayaran di cawangan Jabatan Pendidikan yang berkenaan.
- Selepas pembayaran, anda akan menerima surat daripada Jabatan Pendidikan/ Pejabat Pendidikan Daerah yang memerlukan anda menyerahkan set dokumen kepada Imigresen. (Nota: Ini adalah set dokumen yang berbeza yang dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan/ Pejabat Pendidikan Daerah)
- Teruskan ke Pejabat Imigresen untuk temu janji yang dijadualkan dan serahkan dokumen anda. Pas Pelajar biasanya diberikan pada hari yang sama.
Nota:
- Jika permohonan ditolak oleh pihak sekolah kerana kapasiti maksimum, anda mungkin perlu mengulangi langkah (2) sekali lagi.
- Pertimbangkan pilihan sekolah anda. Sebagai contoh, memilih sekolah “popular” boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk didaftarkan
- Ingat untuk membawa dokumen asal bersama anda pada hari penyerahan dan pastikan dokumen tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris jika ia dalam bahasa lain
Pembaharuan #
- Perlu dilakukan setiap tahun.
- Jabatan Pendidikan/ Pejabat Pendidikan Daerah akan memberi anda borang pembaharuan dengan senarai semak dokumen yang perlu disediakan.
- Setelah semua dokumen disediakan, anda boleh membuat temujanji secara atas talian (STO) untuk memohon lanjutan pas pelajar di Jabatan Imigresen Negeri.
Kos untuk Pas Pelajar #
- Pas Pelajar – RM60 setahun atau kurang
- Visa – kadar berbeza dikenakan mengikut kewarganegaraan pemohon (kurang daripada RM50 setiap visa)