Perhatian: Panduan ini disediakan dengan niat yang baik untuk membantu keluarga dwinasional di Malaysia supaya anda dapat bersedia dengan dokumentasi yang sesuai yang dapat membantu anda untuk terus tinggal dan menetap di Malaysia. Senarai ini mungkin tidak lengkap, oleh yang demikian, senarai ini tidak boleh dianggap sebagai satu-satunya sumber rujukan anda. Kami ingin menegaskan bahawa anda dinasihatkan untuk sentiasa menyemak dengan imigresen/pejabat kerajaan tempatan dan juga kedutaan/pejabat Suruhanjaya Tinggi yang berkaitan untuk sebarang keperluan dan proses dokumentasi yang terkini.
Jika anda mendapati terdapat sebarang perubahan/ralat di dalam panduan ini disebabkan oleh kemas kini yang terbaru oleh pihak imigresen, sila hubungi pasukan FSSG melalui community@familyfrontiers.org. Terima kasih!
Sumber maklumat yang berguna:
https://www.imi.gov.my/index.php/perkhidmatan-utama/pas/pas-lawatan/pas-lawatan-sosial/pas-lawatan-sosial-jangka-panjang/
Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang #
Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang (LTSVP) boleh dikeluarkan kepada warga asing untuk tinggal sementara di Malaysia untuk tempoh tidak kurang daripada enam bulan. Lanjutan tempoh penginapan boleh diberikan berdasarkan kelayakan dan memenuhi syarat-syarat tertentu.
Nota:
LTSVP hanya boleh dikeluarkan dengan Pas Lawatan Sosial (SVP) atau Pas Khas yang sah. Jadi, walaupun anda mempunyai SVP tamat tempoh, Pejabat Imigresen akan mengeluarkan SVP terlebih dahulu sebelum mengeluarkan LTSVP. Dalam sesetengah keadaan, pasangan suami isteri diminta meninggalkan negara dan mendaftar semula dengan SVP.
SYARAT DAN DOKUMEN PERMOHONAN YANG DIPERLUKAN MENGIKUT KATEGORI #
Isteri ‘teraniaya’ kepada warganegara #
Semua dokumen asal perlu dibawa bersama untuk disahkan dan permohonan yang lengkap sahaja diterima.
Menyertakan dokmen-dokumen sokongan yang berkaitan iaitu:
- Borang Imm.12 / Imm. 55
- Borang Imm.38
- Sijil nikah
- Sijil kelahiran anak (jika ada)
- Surat Akuan Sumpah terkini – suami tidak dapat dikesan/ lari
- Borang ‘Security Bond’ (dimatikan setem hasil RM10.00)
- Surat akuan penaja tempatan
- Kad pengenalan penaja
- Bukti pendapatan penaja – pendapatan penaja RM2000.00 ke atas
- Salinan laporan polis/ hospital – bukti penganiayaan
Janda kepada warganegara #
Semua dokumen asal perlu dibawa bersama untuk disahkan dan permohonan yang lengkap sahaja diterima.
Menyertakan dokmen-dokumen sokongan yang berkaitan iaitu :
- Borang Imm.12 / Imm. 55
- Borang Imm.38
- Sijil nikah
- Sijil perceraian
- Sijil kelahiran anak (jika ada)
- Surat Akuan Sumpah – tidak pernah berkahwin setelah bercerai
- Borang ‘Security Bond’ (dimatikan setem hasil RM10.00)
- Surat Akuan Penaja Tempatan
- Kad pengenalan penaja
- Bukti pendapatan penaja – pendapatan penaja RM2000.00 ke atas
Balu kepada warganegara (kematian suami) #
Permohonan perlu dikemukakan oleh pemohon dengan kehadiran penaja Warganegara Malaysia.
Semua dokumen asal perlu dibawa bersama untuk disahkan dan permohonan yang lengkap sahaja diterima.
Jabatan Imigresen Malaysia berhak memohon bukti / dokumen lain jika diperlukan.
Senarai semak dokumen yang diperlukan:
- Borang Imm.12
- Borang Imm.38
- Salinan Pasport Pemohon (semua mukasurat bercetak)
- Borang Personal Bond / Security Bond (dimatikan setem Rm 10 di LHDN) – Security Bond bagi warganegara China dan Nigeria
- Surat Akuan Pemohon (AM 80) – dicop Pesuruhjaya Sumpah dari Mahkamah Kerajaan
- Salinan Kad Pengenalan Penaja (penaja hendaklah dari ahli keluarga terdekat suami)
- Surat Akuan Penaja (dicop Pesuruhjaya Sumpah dari Mahkamah Kerajaan)
- Bukti Pendapatan Penaja **Penaja hendaklah berpendapatan RM 2000 dan ke atas
- Bukti pendapatan majikan (Letterhead Syarikat) beserta slip gaji (3 bulan terkini) ATAU
- Lesen Perniagaan / SSM / ROC beserta Penyata Bank (3 bulan terkini)
- Dokumen Tambahan (Sijil Penceraian / Sijil Kematian Pasangan, Sijil Kahwin, Sijil Lahir, Notarial Certificate diterjemahkan dalam Bahasa Melayu / Inggeris) – pengesahan dari Kedutaan Malaysia di Luar Negara dan Wisma Putra.
Isteri kepada pemastautin tetap #
Semua dokumen asal perlu dibawa bersama untuk disahkan dan permohonan yang lengkap sahaja diterima.
Senarai semak dokumen yang diperlukan :
- Kad pengenalan suami
- Permit masuk suami
- Pasport isteri (kesemua mukasurat)
- Sijil nikah / perkahwinan
- 2 keping gambar terkini isteri bersaiz pasport
- Usia perkahwinan telah melebihi 6 bulan
- 2 set borang Imm. 47
- Borang Imm. 55
- Borang Imm.38
- Borang ‘Security Bond’ (dimatikan setem hasil RM10.00)
Nota Tambahan #
- Selepas semua dokumen yang diperlukan telah lengkap. Permohonan boleh dibuat dengan menempah slot temujanji dalam talian melalui STO di jabatan imigresen negeri.
- Kelulusan terpulang kepada budi bicara pegawai imigresen yang mengendalikan kes itu.
- Lanjutan tempoh penginapan boleh diberikan berdasarkan kelayakan dan memenuhi syarat-syarat tertentu.