Perhatian: Panduan ini disediakan dengan niat yang baik untuk membantu keluarga dwinasional di Malaysia supaya anda dapat bersedia dengan dokumentasi yang sesuai yang dapat membantu anda untuk terus tinggal dan menetap di Malaysia. Senarai ini mungkin tidak lengkap. Oleh yang demikian, senarai ini tidak boleh dianggap sebagai satu-satunya sumber rujukan anda. Kami ingin menegaskan bahawa anda dinasihatkan untuk sentiasa menyemak dengan imigresen/pejabat kerajaan tempatan dan juga kedutaan/pejabat Suruhanjaya Tinggi yang berkaitan untuk sebarang keperluan dan proses dokumentasi yang terkini.
Jika anda mendapati terdapat sebarang perubahan/ralat di dalam panduan ini disebabkan oleh kemas kini yang terbaru oleh pihak imigresen, sila hubungi pasukan FSSG melalui community@familyfrontiers.org. Terima kasih!
Sumber maklumat yang berguna:
Residence Pass: https://www.imi.gov.my/index.php/en/main-services/pass/residence-pass/
Permit Masuk/Pemastautin tetap: https://www.imi.gov.my/index.php/perkhidmatan-utama/pekerja-asing/
Pemastautin Tetap #
Kelayakan #
- Pemohon mesti berkahwin dengan warganegara Malaysia
- Pemohon mesti telah menerima Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang dan tingal secara berterusan di Malaysia selama tempoh masa 5-6 tahun
- Pemohon harus menyerahkan “Surat Akuan Perkahwinan”
- Penaja mesti warganegara Malaysia
Dokumen-dokumen yang diperlukan #
- Permohonan Permit Masuk [Borang IMM.4]
- Borang IMM.270
- 4 gambar bersaiz pasport dengan latar belakang warna biru [Salah satu daripadanya akan dilekatkan pada Surat Akuan Sumpah Perkahwinan]
- 2 gambar bersaiz pasport bagi pasangan warganegara Malaysia
- Sijil kelahiran Pemohon (untuk tujuan pengesahan)
- Sijil perkahwinan luar negara (jika berkenaan)
- Sijil kematian/perceraian bagi perkahwinan terdahulu (jika berkenaan)
- 1 gambar bersaiz pasport bagi Penaja warganegara Malaysia
- Salinan MyKad Penaja dan dokumen asal untuk tujuan pengesahan
- Salinan sijil kelahiran Penaja dan dokumen asal untuk tujuan pengesahan
- Muka surat depan pasport pasangan warganegara Malaysia [hanya berkenaan jika anda berkahwin di luar negara]
- Salinan MyKad dan sijil kelahiran anak-anak Pemohon & dokumen-dokumen asal untuk tujuan pengesanan (jika berkenaan)
- Salinan pasport anak-anak Pemohon (jika berkenaan)
- Salinan bil air atau elektrik untuk membuktikan alamat penginapan. [Bawa bil asal untuk tujuan pengesahan]
- Surat iringan peribadi dalam Bahasa Melayu [Dalam surat tersebut, sertakan nama anda, nombor pasport anda, nama pasangan, nombor MyKad pasangan dan tujuan anda merangka surat ini]
- Bukti pendapatan Penaja warga Malaysia [slip gaji boleh digunakan]
- Bukti pekerjaaan Penaja warga Malaysia [anda boleh meohon Bahagian Sumber Manusia syarikat Penaja anda untuk mengeluarkan surat pengesahan pekerjaan untuk membuktikan pekerjaan Penaja anda]
- Jika Penaja anda bekerja sendiri, sila bawa bersama Sijil Pendaftaran Syarikat
- Nota: Adalah lebih baik untuk mendapatkan terjemahan dokumen anda ke dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris jika dokumen dalam bahasa lain
Perkara-perkara yang perlu diambil perhatian #
- Kelulusan permohonan Pemastautin Tetap boleh mengambil masa sehingga 5 tahun.
- Teruskan pembaharuan LTSVP anda sementara anda menunggu permohonan untuk Pemastautin Tetap diluluskan.
- Jika anda tidak mempunyai dokumen yang diperlukan atau ia berada di negara asal anda, anda dinasihatkan untuk menghantarkannya ke Malaysia (salah satu pilihan adalah melalui kurier).
- Pastikan dokumen yang dihantar ke Pejabat Imigresen adalah dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.
Pas Residen #
Pas Residen dikeluarkan kepada mana-mana warganegara asing yang termasuk dalam mana-mana kategori yang dinyatakan di bawah Peraturan 16A, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
KATEGORI-KATEGORI #
Kategori 3 – Seseorang yang mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Warganegara Malaysia #
Pemohon adalah:
- Suami/isteri kepada warganegara
- Bercerai/balu/duda kepada warganegara yang mempunyai anak kandung yang merupakan Warganegara Malaysia
- Ibu/bapa kandung kepada Warganegara Malaysia
- Ibu/bapa mertua kepada Warganegara Malaysia yang memegang pas yang sah di Malaysia
Kategori 4 – Seseorang yang mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Pemastautin Tetap di Malaysia #
- Suami/isteri kepada Pemastautin Tetap
SYARAT-SYARAT UNTUK MEMOHON PAS RESIDEN #
- Pemohon mesti mempunyai dokumen perjalanan atau pasport sah dengan tempoh sah sekurang-kurangnya 6 bulan
- Pemohon sedang bermastautin di Malaysia dengan pas jangka panjang yang sah
- Bagi Kategori 3, pemohon mesti memegang pas jangka panjang yang sah dan telah bermastautin di Malaysia selama sekurang-kurangnya 3 tahun
- Bagi Kategori 4, pemohon mesti memegang pas jangka panjang yang sah dan telah bermastautin di Malaysia selama sekurang-kurangnya 5 tahun
- Pemohon mesti ditaja oleh seorang warga Malaysia berumur 21 tahun ke atas
- Bagi Kategori 3 & Kategori 4, permohonan boleh diserahkan ke jabatan imigresen terdekat atau ibu pejabat imigresen yang terletak di Putrajaya ataupun secara atas talian https://eservices.imi.gov.my/myimms/myPR
- Bagi Kategori 3(iii), seseorang yang bercerai/balu/duda kepada warganegara Malaysia yang telah diberikan hak penjagaan anak kandung yang penuh atau bersama oleh mahkamah undang-undang yang berkaitan
- Semua salinan dokumen yang dikeluarkan oleh negara asing MESTI disahkah oleh perwakilan asing yang berkaitan di Malaysia. [Ia boleh disahkan oleh Kedutaan negara asal pemohon di Malaysia]
- Permohonan-permohonan di Semenanjung Malaysia mesti ditaja oleh warganegara Malaysia
- Permohonan-permohonan di Sabah dan Sarawak mesti ditaja oleh seorang warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah atau Sarawak
- Kedua-dua penaja dan pemohon MESTI hadir semasa penyerahan dokumen di pejabat imigresen
SENARAI SEMAK DOKUMEN-DOKUMEN #
KATEGORI 3 – SESEORANG YANG MEMPUNYAI IKATAN KEKELUARGAAN DENGAN WARGANEGARA MALAYSIA #
- Suami/isteri kepada warganegara
- Borang IMM16a
- Salinan pasport pemohon (baru dan lama)
- 2 salinan gambar bersaiz pasport
- Salinan kad pengenalan suami atau isteri (MYKAD)
- 2 salinan kad pengenalan penaja (MYKAD)
- Salinan sijil perkahwinan pemohon.
- Salinan sijil kelahiran dan kad pengenalan anak-anak kandung (jika berkenaan)
- Bercerai/balu/duda kepada warganegara dengan anak kandung yang berwarganegara Malaysia
- Borang IMM16a
- Salinan pasport baru dan lama pemohon
- 2 salinan gambar bersaiz pasport
- 2 salinan kad pengenalan penaja
- Salinan sijil kelahiran dan kad pengenalan anak-anak kandung
- Salinan Perintah Mahkamah oleh mahkamah undang-undang yang berkaitan yang memastikan hak penjagaan anak kandung tersebut
- Surat Akuan status tidak berkahwin
- Salinan sijil perkahwinan pemohon
- Salinan sijil perceraian/sijil kematian suami atau isteri
- Biological mother / father to a Malaysian citizen
- Borang IMM16a
- Salinan pasport baru dan lama pemohon
- 2 salinan gambar bersaiz pasport
- 2 salinan kad pengenalan penaja
- Salinan sijil kelahiran dan kad pengenalan anak-anak kandung
- Salinan sijil perkahwinan pemohon
KATEGORI 4 – SESEORANG YANG MEMPUNYAI IKATAN KEKELUARGAAN DENGAN PEMASTAUTIN TETAP MALAYSIA #
Suami/Isteri kepada Pemastautin Tetap
- Borang IMM16a
- Salinan pasport baru dan lama pemohon
- 2 gambar bersaiz pasport
- Salinan sijil perkahwinan pemohon
- Salinan kad pengenalan suami atau isteri (MyPR)
- Salinan Permit Masuk suami atau isteri
- Salinan sijil kelahiran anak-anak (jika berkenaan)
- 2 salinan kad pengenalan penaja
KOS UNTUK PAS RESIDEN #
- Pas Residen berharga RM500.00 untuk 5 tahun
- Visa Beberapa Kali Masuk mengikut negara
MASA YANG DIPERLUKAN UNTUK KELULUSAN PERMOHONAN #
- Pegawai imigresen pernah mengatakan bahawa ia akan mengambil masa sehingga 90 hari.
- Namun, mengambil kira keadaan COVID-19, jangka masa mungkin lebih panjang.
Pemastautin Tetap
https://visaguide.world/asia/malaysia-visa/residence-pass/permanent/
https://www.imi.gov.my/portal2017/index.php/en/entry-permit.html
http://www.globalpartners.com.my/index.php/entry-permit
Pas Residen
https://www.imi.gov.my/portal2017/index.php/en/pass.html?id=284