Dikemas kini pada 8 November 2022
Perhatian: Panduan ini disediakan dengan niat yang baik untuk membantu keluarga dwinasional di Malaysia supaya anda dapat bersedia dengan dokumentasi yang sesuai yang dapat membantu anda untuk terus tinggal dan menetap di Malaysia. Senarai ini mungkin tidak lengkap, oleh yang demikian, senarai ini tidak boleh dianggap sebagai satu-satunya sumber rujukan anda. Kami ingin menegaskan bahawa anda dinasihatkan untuk sentiasa menyemak dengan imigresen/pejabat kerajaan tempatan dan juga kedutaan/pejabat Suruhanjaya Tinggi yang berkaitan untuk sebarang keperluan dan proses dokumentasi yang terkini.
Jika anda mendapati terdapat sebarang perubahan/ralat di dalam panduan ini disebabkan oleh kemas kini yang terbaru oleh pihak imigresen, sila hubungi pasukan FSSG melalui community@familyfrontiers.org. Terima kasih!
Sumber maklumat yang berguna:
https://www.imi.gov.my/index.php/perkhidmatan-utama/pas/pas-lawatan/pas-lawatan-sosial/pas-lawatan-sosial-jangka-panjang/
Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang #
Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang (LTSVP) boleh dikeluarkan kepada warga asing untuk tinggal di Malaysia secara sementara untuk tempoh tidak kurang daripada enam bulan. Lanjutan tempoh penginapan boleh diberikan berdasarkan kelayakan dan pemenuhan syarat-syarat tertentu.
Pasangan asing warganegara Malaysia boleh diberikan LTSVP untuk tempoh 5 tahun dengan syarat mereka mematuhi semua keperluan. Mereka juga dibenarkan untuk melibatkan diri dalam mana-mana bentuk pekerjaan bergaji atau dalam mana-mana perniagaan atau pekerjaan profesional tanpa menukar Pas Lawatan Sosial tersebut kepada Pas Pekerjaan atau Pas Pelawat (Pekerjaan Sementara).
Nota:
LTSVP hanya boleh dikeluarkan dengan Pas Lawatan Sosial (SVP) atau Pas Khas yang sah. Jadi, walaupun anda mempunyai SVP yang telah tamat tempoh, Pejabat Imigresen akan mengeluarkan SVP terlebih dahulu sebelum mengeluarkan LTSVP. Dalam sesetengah keadaan, pasangan suami isteri akan diminta untuk keluar dari negara dan masuk semula dengan SVP.
Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon LTSVP #
- Borang Imm.12
- Borang Imm.38 (2 salinan)
- Borang Imm.55 (2 salinan)
- Borang kenyataan penaja
- Borang hal ehwal suami isteri
- Borang maklumat tambahan
- Security bond – dimatikan setem RM10.00
- Surat akuan sumpah berserta gambar dan dicop Pesuruhjaya Sumpah
- Surat akuan penaja
- Kad pengenalan dan sijil lahir suami / isteri
- Sijil daftar perkahwinan
- Cabutan daftar perkahwinan (diperoleh dari JPN putrajaya)
- Bukti surat cerai/ sijil mati (jika berkaitan)
- Gambar perkahwinan berukuran poskad
- 4 keping gambar berukuran passport untuk suami dan isteri
- Sijil lahir anak (surat pengesahan dari mahkamah jika anak tiri)
- Lesen niaga/ ROC syarikat/ Borang J (Jika bekerja sendiri)
- Surat pengesahan dari majikan dengan kepala surat (Jika bekerja)
- Bukti pendapatan (slip gaji 3 bulan terakhir/ buku bank/ borang J)
- Penyata bank penaja (3 bulan terakhir)
- Bukti alamat tempat tinggal (bil utiliti)
- Pasport Malaysia suami / isteri(semua muka surat)
- Lain-lain dokumen sekiranya diperlukan
Tempoh Visa Pasangan Malaysia #
- Dikeluarkan untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dan 5 tahun maksima
- Boleh diperbaharui 3 bulan sebelum tamat tempoh
Lanjutan Pas Lawatan Sosial #
- Pembaharuan LTSVP boleh dilakukan melalui portal ePLSI
- Semua dokumen asal perlu dibawa bersama untuk pengesahan dan hanya permohonan lengkap diterima.
- Borang Imm.38
- Borang Imm.55
- Borang Akuan Bersumpah berserta Gambar (dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah dari Mahkamah Kerajaan)
- Salinan Daftar Kelahiran Anak / Sijil Kelahiran
- Salinan kad pengenalan suami/isteri
- Salinan Daftar Nikah / Sijil Nikah
- Salinan Pasport dan pas terkini pemohon (semua muka surat bercetak)
- Nota: Kedua-dua suami isteri mesti hadir
- Nota: Untuk warga China dan Afrika, borang permohonan lengkap mesti diserah kepada Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya.
Sumber #
Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang
https://www.imi.gov.my/portal2017/index.php/en/main-services/pass.html?id=294
https://visaguide.world/asia/malaysia-visa/spouse/
https://www.imi.gov.my/portal2017/index.php/en/pass.html?id=286