Skip to main content
View Categories

[BM] Kewarganegaraan secara Kuat Kuasa Undang-undang untuk Anak yang dilahirkan di Malaysia di bawah Perkara 14: Borang E

2 min read

Permohonan Taraf Kewarganegaraan Di Bawah Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan Pengesahan Taraf Kewarganegaraan (Kelahiran Dalam Negara) #

Permohonan untuk mengesahkan taraf kewarganegaraan seseorang  yang dilahirkan di dalam negara berdasarkan taraf kewarganegaraan ibu atau bapa.

SYARAT-SYARAT #

  • Pemohon dan orang yang didaftarkan hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara / Pegawai Konsul semasa mengemukakan pemohonan selaras dengan Kaedah 28, Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964 (Pindaan 1996).
  • Pemohon adalah:
    • ibu atau bapa;
    • penjaga atau saudara mara terdekat; atau
    • orang yang hendak didaftarkan sendiri.
  • Mengisi Borang E dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen yang perlu dibawa bersama.

PROSEDUR #

Pemohon dan orang yang didaftarkan dikehendaki hadir ke Kaunter Bahagian Kewarganegaraan, Ibu Pejabat Putrajaya atau Ibu Pejabat JPN setiap Negeri atau JPN Cawangan dan membawa bersama dokumen-dokumen asal beserta salinan.

DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN #

  1. Dokumen Orang yang didaftarkan (asal dan salinan)
  • Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil Kelahiran terbaru
  • Kad Pengenalan (jika ada)
  • Pasport atau lain-lain dokumen perjalanan (jika ada)
  • Dokumen bukti persekolahan (jika bersekolah)
  • Tiga (3) keping gambar terbaru berukuran pasport berlatar belakangkan warna biru.
  1. Dokumen Ibu dan Bapa (asal dan salinan)
  • Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil Kelahiran terbaru (jika ada)
  • Kad Pengenalan (jika ada)
  • Permit masuk atau pasport atau lain-lain dokumen perjalanan (jika ada)
  • Sijil Warganegara (jika ada)
  • Dokumen Perkahwinan (jika perkahwinan berlaku di luar negara bagi pasangan islam, kemukakan pengesahan oleh Jabatan Agama Islam)Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil Kelahiran terbaru.
  1. Dokumen adik beradik (asal dan salinan)
  • Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil Kelahiran terbaru
  • Kad Pengenalan (jika ada)

Nota: Semua salinan dokumen-dokumen sokongan hendaklah dibuat di atas kertas bersaiz A4.

Nota:

  • Permohonan untuk urusan kewarganegaraan memerlukan penggunaan borang asal Borang E. Borang E asal tersebut boleh didapati daripada JPN di Putrajaya atau ibu pejabat/cawangan JPN Negeri di mana pendaftaran di Malaysia, dan Perwakilan Malaysia di luar negara di mana pendaftaran di luar negara Malaysia.
  • Panduan ini adalah berdasarkan sumber-sumber berikut: